web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PH Adakan Mesyuarat Dalam Masa Terdekat Bincang PRK Kuala Kubu Baharu - Saifuddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 8:22PM

Menteri Dalam Negeri yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan hal- hal berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu serta memuktamadkan calon yang sesuai untuk bertanding mewakili parti itu di kawasan tersebut.

Menteri Dalam Negeri yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH hari ini untuk menentukan tarikh bagi mengadakan mesyuarat tersebut.

"Biasanya pada mesyuarat itu kami akan memuktamadkan status dari segi parti yang bertanding di kawasan yang mengalami kekosongan itu.

"Kemudian kami akan mendengar parti berkenaan untuk mengemukakan tentang senarai calon mereka... seterusnya kami akan membincangkan soal persiapan jentera, logistik dan sebagainya," katanya kepada media di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, secara kebiasaannya itu adalah turutan setiap kali perjumpaan dan agenda parti mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK).

"Saya akan berbincang dengan Pengerusi PH selesai saja sidang media ini. Kemudian saya akan notiskan mesyuarat terdekat sesuai dengan pengumuman yang telah dibuat oleh SPR pada hari ini," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari pengundian PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 11 Mei ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa).

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Lee, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013 meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

PRK Kuala Kubu Baharu adalah PRK ketujuh yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK Kuala Kubu Baharu adalah sebanyak 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

2

Politik 1 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

3

Politik 2 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar