web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 9:03AM

Pemberian peruntukan kepada ADUN pembangkang dijangka diumumkan dalam masa terdekat - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas berhasil mengemudi Selangor mengekalkan penguasaan Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu, pimpinan negeri kini dianggap ‘tersilap langkah’ apabila mahu mengumumkan sejumlah peruntukan kepada pembangkang.

Menurut sumber, pemberian tersebut bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, tindakan berkenaan tidak disenangi ramai bahkan ia dilihat berpotensi memakan diri.

“Kami tak faham, mengapa perlu diberikan peruntukan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang semudah ini?

“Tidakkan kerajaan negeri bimbang dana tersebut akan disalah guna? Kita semua sedia tahu bagaimana ulah pembangkang selama ini, sentiasa cuba menjatuhkan kerajaan,” katanya, kesal.

Amirudin Shari dijangka mengumumkan peruntukan itu tidak lama lagi - gambar fail
Amirudin Shari dijangka mengumumkan peruntukan itu tidak lama lagi - gambar fail

Getaran diberitahu, peruntukan berkenaan melibatkan sejumlah RM400,000, kenaikan sebanyak RM100,000 berbanding jumlah awal diputuskan sebelum ini iaitu RM300,000.

Jelas sumber, beliau tertanya-tanya akan rasional di sebalik keputusan tersebut yang dilihat yang tidak selari dengan prinsip dipegang kerajaan Persekutuan. 

“Kita lihat di peringkat Persekutuan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu tegas dan menetapkan kriteria tertentu dalam mengagihkan peruntukan kepada pembangkang.

“Mengapa tidak prinsip sama dipegang kerajaan negeri? Kita tidak mahu ‘niat murni’ ini memakan diri sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi sumber memberitahu, wujud kebimbangan dalam kalangan ADUN kerajaan ketika ini bahawa peruntukan diberikan akan digunakan untuk menggerakkan program anti kerajaan. 

Tegasnya, tidak ada jaminan untuk ADUN pembangkang benar-benar telus dan jujur menggunakan peruntukan diberi ke saluran sepatutnya.

“Bukan sahaja ADUN kerajaan bimbang. Penyokong dan pengundi juga merasai yang sama.

“Kami berpenat lelah bekerja untuk memenangkan kerajaan pada PRN tapi sekarang kerajaan negeri pula sukarela beri ‘peluru’ kepada pembangkang. (Bila) Duit sudah di tangan, apa jaminan mereka tidak akan serang kita semula,” katanya, sedikit emosi.

Perdana Menteri mengamalkan pendirian tegas dalam menyalurkan peruntukan kepada pembangkang di peringkat Persekutuan - gambar fail
Perdana Menteri mengamalkan pendirian tegas dalam menyalurkan peruntukan kepada pembangkang di peringkat Persekutuan - gambar fail

Sumber memberitahu lagi, kerajaan negeri seharusnya bersikap selektif jika masih mahu menyalurkan peruntukan kepada pembangkang.

“Mengapa tidak ikut cara (kerajaan) Persekutuan sahaja? Hanya yang menyokong kerajaan sahaja layak menerima peruntukan jika di peringkat Persekutuan.

“Sokongan ini bukan kerana mahu menambah sokongan kepada kerajaan, tetapi kita tidak mahu kem sana mensabotaj segala inisiatif digerakkan kerajaan negeri sebelum ini,” katanya.

Sehingga laporan ini ditulis, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari masih belum membuat sebarang pengumuman.

Pekeliling Perbendahaan mengenai peruntukan awal berjumlah RM300,000 bagaimanapun sudah mula diedar sejak dua hari lalu. - Getaran, 1 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

4

Semasa 1 bulan yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad