web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Pembangkang Sokong Perdana Menteri Tidak Hilang Kerusi - Saifuddin Nasution

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 3:29PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyebabkan mereka hilang kerusi Parlimen, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu berkata, mengikut undang-undang antilompat parti, Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663), hanya Ahli Parlimen yang bertindak masuk ke parti lain, selain mengumumkan diri sebagai Bebas akan hilang kelayakan kerusi disandang.

"Saya menduduki jawatankuasa ini semasa digubal, mewakili PH bersama Gobind Singh Deo dan (Mohamed) Hanipa Maidin, pendirian PH tindakan Ahli Parlimen bertindak bertentangan keputusan whip parti di dalam dewan adalah dikira hilang kerusi dan Pilihan Raya Kecil diadakan.

"Tindakan bertentangan ini termasuk dalam perkara seperti undian bajet, usul undi tidak percaya dan apa-apa RUU (rang undang-undang) yang memberi kesan kepada kedudukan kerajaan. 

"Ahli Parlimen yang dipecat oleh parti kerana melanggar disiplin dan perlembagaan parti (juga) dikira hilang kerusi," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, pendirian dan cadangan PH ketika itu tidak dipersetujui oleh Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

"(Jadi) (Tan Sri Dr) Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai pengerusi usulkan hanya cadangan mendapat konsensus semua parti akan dimasukkan (ke dalam Akta).

"Akhirnya keadaan bagaimana yang dikira Ahli Parlimen hilang kerusi? Isytihar masuk parti lain, isytihar jadi Ahli Parlimen Bebas. Isytihar sokong Perdana Menteri? Tidak hilang kerusi. Sekian," katanya.

Media semalam melaporkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencadangkan supaya undang-undang antilompat parti diluluskan Parlimen dikaji semula, kerana didakwa terdapat kelemahan terutama melibatkan situasi anggota parti itu yang bertindak menyokong Kerajaan Perpaduan.

Sehingga kini empat Ahli Parlimen PN daripada Bersatu iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) menyatakan pendirian menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pada Khamis tindakan empat Ahli Parlimen itu tidak berkaitan dengan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat untuk bertukar parti yang boleh menyebabkan mereka hilang kerusi di Parlimen. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar