web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Jika Dapat Peruntukan, Saya Sokong Kerajaan Madani’ - Bukit Gantang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 8:51PM

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal - gambar Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan bakal menerima sokongan Parlimen Bukit Gantang jika meluluskan peruntukan berjumlah RM30 juta di bawah Belanjawan 2024.

Memberi jaminan itu, Ahli Parlimen terbabit, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dari blok Perikatan Nasional (PN) berkata, Bukit Gantang memerlukan peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan Tabika Kemas, pembangunan ekonomi komuniti serta kemudahan ameniti sosial.

Kesemua perincian itu masing-masing berjumlah RM1.05 juta, RM90,000 dan RM3 juta.

“Saya juga memerlukan peruntukan berjumlah RM16 juta untuk pemasangan lampu jalan kampung dan lingkaran jalan luar bandar serta pembangunan desa,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Syed Abu Hussin, beliau turut membawa suara pengundi dan penduduk Bukit Gantang kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Dengan hati yang ikhlas, kalau lulus RM30 juta ini, saya juga nak melihat sejauh mana Kerajaan Madani adil dalam memberikan peruntukan.

“Dalam Dewan yang mulia ini, saya mohon jika saya mendapat peruntukan ini untuk dibangunkan kawasan saya, saya akan beri sokongan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri (Ahmad Zahid) dan Kerajaan Madani," katanya.

Kenyataan Syed Abu Hussin itu seolah-olah memberi petanda, Kerajaan Perpaduan bakal menerima satu lagi sokongan, selepas empat Ahli Parlimen PN beralih arah.

Terdahulu, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik muncul sebagai individu keempat menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyusul langkah diambil tiga rakan sejawat iaitu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim. - Getaran, 9 November 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah 'Tahan' Peruntukan Kepada Negeri-Negeri, Termasuk Terengganu - PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

4

Sukan 2 tahun yang lalu

FAM Dapat 'Durian Runtuh', Peruntukan RM5 Juta Daripada Kerajaan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran