web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Pelangai: 65 Peratus Keluar Mengundi Setakat 3 Petang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 4:23PM

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh melawat Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Felda Kemasul. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai mencecah 65 peratus setakat jam 3 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah peratusan berkenaan menghampiri jangkaan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang menyasarkan peratusan keluar mengundi di PRK berkenaan mencapai 70 peratus.

Abdul Ghani berkata, trend di Pelangai sedikit berbeza berbanding pilihan raya sebelum ini di mana pengundi muda datang awal untuk mengundi.

Katanya, ini menunjukkan semangat tinggi dalam kalangan golongan muda di DUN berkenaan untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi.

PRK Pelangai ini membabitkan sembilan pusat mengundi dengan 30 saluran dan akan tamat pada 6 petang ini.

Jumlah keseluruhan pengundi di DUN itu adalah 16,456 orang, dengan SPR sudah mengeluarkan 73 kertas undi pos termasuk kepada 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam; calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Kekosongan kerusi DUN itu adalah ekoran penyandangnya yang juga Exco Negeri Pahang, Datuk Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam pada Ogos lalu. - Getaran, 7 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar