web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'PN Kalah Bermaruah, Ini Bukan Penamat' - Zulkifli

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 11:35PM

Zulkifli Jaafar - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU -- Calon Perikatan Nasional (PN), Zulkfili Jaafar tetap berbangga walaupun tewas dalam percubaan menawan kerusi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Menurut beliau, kekalahan ini bukan penamat kepada kerjaya politiknya kerana beliau tewas dengan penuh bermaruah.

"Seperti kita tahu sebelum ini perbezaan undi sangat jauh. Kali ini beza dalam belas ribu undi, kita dah mencuba sebaik mungkin. Saya kalah pun berlawan, bukan kata kita kalah macam itu sahaja. Keputusan malam ini sangat membanggakan.

"Insha Allah kita pejuang. Kita duduk dalam parti politik hati kena cekal. Kekalahan bukan bermaksud jalan penyudah. Kita akan bekerja lebih keras lagi," katanya yang juga Timbalan Ketua BERSATU Pulai.

Zulkifli yang berdepan saingan tiga penjuru mendapat 29,642 undi, tewas dengan majoriti 18,641 undi di tangan Naib Pengerusi AMANAH Johor, Suhaizan Kayat.

Calon Bebas, Samsudin Mohd Fauzi pula sekadar meraih 528 undi.

Zulkifli ketika bercakap kepada media menjelaskan, beliau akan terus bergerak aktif untuk memberikan khidmat kepada rakyat dengan menggunakan platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, PRK ini bukan penamat dan beliau akan terus bekerja demi rakyat meskipun menggunakan platform yang berbeza.

"Keputusan dah keluar, walaupun kita kalah tapi bermaruah. Peningkatan undi itu ada. Pada saya kekalahan itu perjalanan menuju kejayaan. It's okay, tidak ada masalah.

"Saya masih lagi akan bergerak dengan NGO. NGO membantu orang tetapi platform tak berapa tinggi, bila pergi wakil rakyat banyak platform bertambah boleh bantu orang," katanya lagi. - Getaran, 9 September 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

3

Politik 2 tahun yang lalu

'Mengata Dulang Paku Serpih', PN Kempen Di Masjid Boleh Pulak? - Netizen

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK: Saingan 3 Penjuru Di Pelangai Antara BN, PN, Bebas

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar