web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Pulai: MIC Gerak 3,000 Ahli Bantu Suhaizan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 7:51AM

Datuk M Asojan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - MIC akan mengerakkan jenteranya melibatkan kira-kira 3,000 ahli bagi memberi sokongan dan membantu kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, pada 9 Sept ini.

Naib Presiden MIC Datuk M. Asojan berkata terdapat 20,508 atau 12.31 peratus pengundi India di Parlimen Pulai yang signifikan untuk membantu kemenangan calon yang mewakili gabungan PH-Barisan Nasional (BN) itu.

Bagaimanapun, beliau mengakui undi masyarakat India bukan penentu atau 'king maker' dalam pilihan raya itu, jika undi masyarakat Melayu atau Cina berpecah.

"Kalau nak kata kita 'king maker' secara terbuka tidak boleh kerana ini adalah PRK dan keputusan akan bergantung pada peratusan keluar mengundi. Mana-mana kaum sekiranya jumlah peratusan mengundi mereka rendah, ia akan menjejaskan keputusan nanti.

"Namun, jumlah pengundi India adalah signifikan dan kita akan berusaha memastikan sekurang- kurangnya 50 peratus daripada mereka keluar mengundi pada 9 Sept ini," katanya kepada pemberita selepas bertemu komuniti India di Pejabat Persekutuan Persatuan-Persatuan India Berdaftar Negeri Johor (GAPPIN) di sini malam tadi.

Berhubung sokongan yang ditunjukkan masyarakat India di Parlimen itu terhadap Suhaizan, Asojan berkata beliau yakin sokongan padu akan diberikan berikutan komitmen yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu menangani masalah kaum itu dalam masa setahun termasuk soal kemiskinan.

"Memang ada rasa tidak puas hati dalam beberapa perkara termasuk isu baru-baru ini, ia memang menjadi keraguan dan kemusykilan dalam kalangan jentera MIC, tetapi Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran telah beri penerangan agar kita terus menyokong Kerajaan Perpaduan.

"Ini kerana janji yang diberikan oleh Perdana Menteri sendiri (kepada masyarakat India) iaitu beliau akan pastikan permasalahan dan perkara berbangkit berkaitan masyarakat India diambil kira, beliau minta tempoh setahun jadi kita percaya janji beliau," katanya.

Pada 2 Ogos lepas, Anwar dilapor akan mengkaji permintaan MIC agar wakil daripada parti itu dapat diberi peranan lebih besar dalam kerajaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

3

Politik 2 tahun yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad