web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Pulai: Suhaizan Kempen Rumah Ke Rumah Bagi Dekati Pengundi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2023 1:43PM

Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat menyertai konvoi kibar Jalur Gemilang anjuran penduduk di Projek Perumahan Rakyat Kempas. gambar Facebook Suhaizan Kayat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Memasuki hari keenam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat terus mempelbagaikan kaedah berkempen termasuk pendekatan kempen dari rumah ke rumah.

Menurut calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan itu, strategi tersebut dilihat membolehkan beliau dan jentera parti mendekati serta menyantuni pengundi, lebih-lebih sempena sambutan Hari Kebangsaan, hari ini.

Katanya beliau bersama jentera PH-BN akan bergerak ke kawasan perumahan di setiap pusat daerah mengundi (PDM) untuk bertemu pengundi dan meraih sokongan mereka untuk memastikan kemenangannya pada PRK itu. 

“Untuk hari keenam ini kita bergerak ke kawasan perumahan pula dan kempen rumah ke rumah untuk berjumpa rakyat dan pengundi.

“Kaedah ini saya berasa lebih dekat dengan rakyat tambahan pula dengan semangat Hari Kebangsaan ini semangat kemuafakatan masyarakat berbilang kaum begitu dirasai,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni penduduk di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Kempas Permai di sini, hari ini.

Beliau juga sempat meluangkan masa bersama-sama penduduk di situ menyertai aktiviti sambutan Hari Kebangsaan seperti berkonvoi mengibarkan Jalur Gemilang anjuran persatuan penduduk.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hasratnya bagi membantu penghuni PPR, Suhaizan berkata isu utama yang dikemukakan penduduk adalah tempat letak kereta yang padat.

“Kita perlu cari penyelesaian yang tidak membebankan penduduk misalnya menyediakan kawasan tambahan tempat letak kereta ini perlu dibincangkan dengan pihak berkaitan,” katanya.

Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept diikuti hari pengundian 9 Sept. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar