web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 3:04PM

Fahmi Fadzil - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil meminta semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan untuk bersabar dan beristiqamah melakukan gerak kerja, sementara proses post mortem keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang diadakan baru-baru ini selesai. 

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata semua parti dalam gabungan PH-BN (Barisan Nasional) sedang melakukan post mortem untuk mendapatkan data bagaimana mereka boleh bergerak ke hadapan dengan lebih baik pada masa akan datang. 

“Saya lihat sekarang ini semua parti dalam proses melakukan post mortem untuk dapatkan data, untuk dapatkan maklumat, maklum balas sama ada di peringkat tertinggi sampai ke peringkat akar umbi. Sudah pasti semua parti akan melakukan muhasabah mengambil ibrah (pengajaran) dan juga merangka jalan ke depan.

“Insya-Allah bila tiba masanya kita akan lakukan penambahbaikan seperti yang akan kita kenal pasti melalui post mortem. Saya serah kepada pimpinan nanti untuk tentukan,” katanya kepada pemberita pada program Wangsa Maju Kita Punya di Taman Tasik Danau Kota di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai prestasi kurang baik yang ditunjukkan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan terutamanya UMNO yang mewakili Barisan Nasional pada PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu pada 12 Ogos lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad