web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PH-BN Pulau Pinang Lancar Manifesto Perpaduan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 7:46AM

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang Chow Kon Yeow (tiga, kiri) bersama Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng (dua, kiri), Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir (tiga, kanan), Pengerusi AMANAH negeri Datuk Dr Roslan Ahmad (dua, kanan) dan Penasihat Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang (kanan) pada gimik pelancaran Manifesto Perpaduan dan Pengenalan Calon Perpaduan malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH -- Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang malam tadi melancarkan Manifesto Perpaduan dengan 16 tema utama antaranya cakna kebajikan dan memperjuang sosioekonomi rakyat.

Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari ketika membentangkan manifesto itu berkata tawaran itu adalah kesinambungan kepada dasar, polisi dan rekod prestasi kerajaan negeri selama 15 tahun ini.

Manifesto berkenaan antaranya menawarkan penubuhan Tabung Pembangunan Sosial Negeri daripada kutipan fi kesihatan perubatan ke atas warga asing bagi memanfaatkan golongan memerlukan selain menarik pelaburan berimpak tinggi melalui pembangunan projek Silicon Island yang dijangka menjana RM7 bilion kepada ekonomi tempatan pada tempoh pembinaan. 

Membangunkan Meditech City di Batu Kawan dan projek GBS By The Sea sebagai usaha ke arah mencapai taraf Global City; memberi bantuan RM1,000 kepada setiap jemaah haji daripada golongan B40;  memulakan pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang dan Kereta Kabel Bukit Bendera. 

Selain itu, bantuan RM600 setahun kepada pemandu e-hailing dan insurans kemalangan diri kepada penunggang p-hailing (motosikal); meneruskan bantuan RM600 setahun kepada pemandu teksi dan bas sekolah; memperkenal Skim Perumahan Sewa Khas kepada golongan belia atau bujang, serta menyumbang komputer riba percuma kepada pelajar daripada golongan B40 yang memperoleh tawaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).  

"Kita juga akan memberi bayaran bantuan sara hidup kepada pesawah dan pekebun sayur serta bantuan pukat kepada golongan nelayan dan memperkenalkan Program Mempelai Emas RM500 secara ‘one-off' untuk setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga,” kata Zairil.

Menurutnya gabungan PH-BN juga akan melaksanakan pembinaan Jalan Berkembar Tanjong Bungah -Teluk Bahang, Persimpangan Berlian Mencapah di Persimpangan Juru dan Jalan Pintasan Sungai Bakap serta menyiapkan pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam sehingga ke Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Turut hadir, Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Pengerusi DAP Lim Guan Eng, Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar