Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kempen Tak Masuk Akal, ‘Memang Kalau PN Ni Kelam Kabut Ka’ - Netizen

Politik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 4:46PM

Tenpoh persekolahan Raymond Tai menimbulkan keraguan netizen - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam keghairahan Perikatan Nasional (PN) berkempen untuk menarik sokongan rakyat, satu demi satu ‘kepincangan’ mereka dilondehkan. 

Selepas berhasil menjadi bahan lawak netizen melibatkan kelulusan dimiliki empat calon, hari ini sekali lagi blok berkenaan menjadi bahan jenaka. 

Pempengaruh media sosial, Cikyanie menerusi ciapan semalam menarik perhatian netizen apabila memuat naik poster tertera biodata calon PN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Arang, Raymond Tai Kuang Tee. 

Pada poster itu, Kuang Tee dikatakan berusia 44 tahun, dan mula memasuki alam persekolahan pada tahun 1991. 

Menggunakan akaun @lady_bugg11, beliau mempersoalkan kewajaran tempoh tersebut, mengambil kira tahun Kuang Tee sepatutnya dilahirkan iaitu pada 1979. 

“Memang kalau PN ni kelam kabut ka, atau dia memang tak reti kira? Umur 44 sepatutnya lahir 1979, tapi masuk skolah 1991? Why PN ni buat biodata pon so incompetent,” ciapnya. 

Berdasarkan poster dan kiraan sebenar, Kuang Tee seharusnya mula belajar di sekolah rendah pada tahun 1986. 

Ciapan Cikyanie pantas menerima reaksi pengikut, malah ada yang turut membalas dengan poster calon lain. 

Menerusi bebenang, seorang netizen dikenali sebagai Raymond Su memuat naik poster calon DUN Bahau, P.M Kumar. 

Katanya, Kumar turut memiliki biodata yang meragukan kerana menyenaraikan Pengerusi Pusat Tahfiz Al-Quran sebagai antara kerjaya dimiliki. 

“Pengerusi Pusat Tahfiz ni lagi lain macam biodata dia,” katanya menerusi akaun @szeyoung_su. 

Ada juga dakwaan mengatakan kempen seumpama itu sengaja diadakan bagi menarik perhatian ramai.  

“Rasanya diorang sengaja supaya kita tolong promosi calon diorang tapi tak promosi calon kita,” kata Adam Yusuf yang menggunakan akaun @khirariffin. 

Majoriti ciapan balas yang diterima turut menjadikan Kuang Tee dan Kumar sebagai jenaka, apabila menyifatkan PN tidak menguasai subjek Matematik dengan baik.

"Hahahahha. Kelakar PN ni. Matematik mmg (memang) bengap (bodoh) giler,"  Nurul86 di akaun @NurulChubby8. - Getaran, 1 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Politik 1 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

3

Gaya 4 bulan yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

4

Jelajah 4 bulan yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

Semasa 45 minit yang lalu

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji

Semasa 1 hari yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu