web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Semua Parti Tidak Akan Layan Cubaan Sabotaj Kerajaan Perpaduan - PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 11:58AM

Sokongan tersebut ditunjukkan ketua-ketua parti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Konvensyen Perpaduan yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata semua parti politik dalam Kerajaan Perpaduan telah menyatakan komitmen tidak akan melayan sebarang cubaan untuk mensabotaj kerajaan pimpinannya.

Beliau berkata sokongan tersebut ditunjukkan ketua-ketua parti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Konvensyen Perpaduan yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

“Perhimpunan (Konvensyen Perpaduan) tersebut dengan pengukuhan jelas bahawa sekurangnya untuk bertahun akan datang tidak ada layanan terhadap percubaan untuk sabotaj yang ada," katanya  pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini.

“Saya lebih yakin kerana sepertimana saya lihat Konvensyen Kerajaan Perpaduan semalam telah menetapkan satu bentuk kerajaan kukuh dan (walaupun) pada peringkat awal macam-macam percubaan akuan berkanun (SD) dan sebagainya sampai kepada Yang di-Pertuan Agong dan sultan-sultan,” tambahnya.

Anwar berkata sejak beberapa bulan yang lepas, perjalanan kerajaan sekarang juga lebih kemas dan beberapa program yang dilaksanakan telah membantu untuk memantapkan negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kestabilan politik sedia ada dalam negara telah menyumbang kepada beberapa prestasi yang baik antaranya ekonomi negara mencatat pertumbuhan lebih baik daripada jangkaan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023.

“Kalau lihat angka-angka Jabatan Perangkaan menunjukkan suku tahun pertama itu jauh lebih baik daripada yang diunjurkan November dan Disember tahun lepas… inflasi berkurang, jumlah penganggur berkurang dan pelaburan juga bertambah,” katanya.

Jumaat lepas, Anwar berkata kerajaan yakin dapat mencapai unjuran pertumbuhan 4.0 peratus hingga 5.0 peratus bagi tahun 2023 di sebalik cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global, disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang kukuh serta pelaksanaan langkah Belanjawan 2023.

Beliau berkata pertambahan pelaburan di Malaysia memerlukan semua pihak di peringkat pusat  dan negeri untuk bekerja serentak bagi membolehkan proses pelaburan lancar.

“Pihak (negeri), perbandaran harus bekerja sederap supaya tahap kelulusan itu dapat dipercepatkan. Ini akan memastikan kita dapat pertahankan kadar pertumbuhan yang lebih meyakinkan dan serlahkan komitmen dan kesungguhan,” katanya.

Sebelum ini, Anwar berkata beberapa syarikat gergasi China bersetuju melabur di Malaysia antaranya syarikat Zhejiang Geely Holding Group (Geely) dan Rongsheng Petrochemical Co.

Projek pelaburan Geely adalah di Pahang dan Tanjung Malim, Perak manakala Rongsheng di Pengerang, Johor dan Terengganu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad