web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Yakin Kerajaan Perpaduan Terus Kukuh, Kekal

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 12:18PM

Anwar berjabat tangan dengan Ahli Parlimen Subang Wong Chen di Kongres Nasional Khas PKR 2023 hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan terus kukuh dan kekal bertahan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di sini, Anwar, yang juga Presiden parti berkata keyakinan itu bersandarkan kepada sokongan kukuh parti-parti yang bersama membentuk kerajaan sejak empat bulan lepas.

“Untuk kita mantap sebagai satu kerajaan lima tahun ini, kita perlu kerjasama padu supaya kita tumpu membetulkan kerosakan yang berlaku dan membangunkan negara dan rakyat.

“Usaha untuk menggugat sedikit sebanyak itu ada, tapi saya yakin Kerajaan Perpaduan akan terus kukuh dan kekal untuk lima tahun.

“Tanggungjawab kita bersama ialah menempatkan semangat perjuangan, menggilap obor reformasi dan jentera parti harus bergerak supaya agenda MADANI ini dapat diterjemahkan secara lebih serius dan bermakna,” katanya.

Kongres yang berlangsung di Stadium Malawati dekat sini dan bertemakan Malaysia MADANI, Pelaksanaan Sebuah Idealisme, turut dihadiri Timbalan Presiden Rafizi Ramli, Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan 41 wakil pejabat kedutaan asing. 

Anwar seterusnya menegaskan sebagai Perdana Menteri, beliau tidak takut kepada ugutan daripada perasuah atau sebarang perhimpunan yang mahu menjatuhkan kerajaan pimpinannya.

“Saudara mahu ugut kita dengan perhimpunan, saudara mahu ugut kita takut kepada perasuah, saudara salah pilih seorang perdana menteri. Saya tamatkan ugutan itu... Kamu cuba nak rampas, silakan tetapi tidak mudah,” katanya.

Katanya beliau sedar ada pihak yang mengkritik pentadbirannya, namun menurutnya sejak Kerajaan Perpaduan mentadbir negara November tahun lepas, belum pernah wujud campur tangan dalam kalangan pemimpin kerajaan berhubung isu seperti kebebasan badan kehakiman dan pemberian tender.

Sementara itu, dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata PKR harus mula menyantuni anak muda bagi menarik minat golongan itu untuk menyertai dasar dan perjuangan parti yang ditubuhkan pada 1999 itu.

“Syaratnya kita mantapkan parti dan tunjukkan rekod yang baik, sama ada di (peringkat) Persekutuan atau negeri-negeri di bawah jagaan kita, dan keperluan kita memantapkan kerjasama bukan saja dalam Pakatan Harapan sebagai kekuatan induk, tapi UMNO dan Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah,” katanya.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Sementara itu Anwar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan komponen PH iaitu DAP yang kekal sebagai sahabat setia bersama PKR sehingga sekarang serta parti Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang konsisten meneruskan semangat perjuangan bersama.

Anwar juga mengingatkan semua ahli PKR untuk bersama-sama memantapkan perjuangan parti kerana rakyat kini menilai amalan serta pelaksanaan Kerajaan Perpaduan, dan bukan lagi melalui ungkapan atau lakaran semata-mata.

“Sekarang kita di tampuk pemerintahan. Kita bukan dinilai dari ungkapan dan lakaran, kita akan dinilai dari amalan dan pelaksanaan. Bukan seorang dan menteri semata-mata, tapi seluruh jentera, parti dan gagasan,” katanya.

Sejurus selepas menyampaikan ucapannya, Anwar dengan diiringi Rafizi dan Saifuddin Nasution melancarkan Koperasi Keadilan Bhd (KIRA) yang ditubuhkan bagi membantu meningkatkan taraf dan kualiti hidup ahli parti serta masyarakat umum.

Kongres sehari berkenaan yang menumpukan kepada persiapan parti bagi menghadapi PRN di enam negeri dan pengukuhan kerjasama PH dan Kerajaan Perpaduan dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan dari seluruh negara termasuk pemerhati. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar