web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Anwar Lulus Ujian 100 Hari, Pembangkang Gagal Teruk - Kit Siang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 9:06PM

Kit Siang bagaimanapun berkata, Ahli Parlimen pembangkang yang mewakili blok PN gagal dengan teruk dalam ujian berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya melepasi ujian 100 hari pertama dengan baik.

Veteran DAP, Lim Kit Siang bagaimanapun berkata, Ahli Parlimen pembangkang yang mewakili blok Perikatan Nasional (PN) khususnya BERSATU dan PAS gagal dengan teruk dalam ujian berkenaan.

Mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, sidang Parlimen selama 31 hari yang bakal berakhir tiga minggu lagi dilihat masih tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa Ahli Parlimen PN bersedia untuk menunjukkan sifat moderat, inklusif, toleransi dan integriti supaya Malaysia dapat pulih menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.

“Rakyat Malaysia masih berharap akan ada reformasi institusi dan penetapan semula dasar-dasar pembinaan negara untuk menyatukan masyarakat majmuk tanpa mengira kaum atau agama dan untuk memulihkan Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.

“Prestasi Ahli-Ahli Parlimen BERSATU dan PAS telah menguatkan kepercayaan rakyat bahawa kita telah diberikan rahmat yang terselindung apabila Perikatan Nasional (PN) gagal membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) 19 November tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kit Siang, Malaysia telah menerima ruang bernafas dengan pembentukan kerajaan perpaduan dan Titah Diraja oleh Yang di Pertuan Agong semasa istiadat pembukaan Parlimen ke-15 pada 13 Februari lalu telah bergema di seluruh negara.

Tambahnya, rakyat Malaysia sebelum ini beranggapan bahawa mereka sudah berjaya menghentikan skandal berbilion ringgit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang telah mencemarkan nama negara di peringkat dunia sebagai sebuah kleptokrasi selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Namun begitu, ujarnya, negara kini dikejutkan pula dengan konspirasi politik Langkah Sheraton yang telah membawa sebuah skandal lebih besar iaitu skim Jana Wibawa.

“Skandal Jana Wibawa ini lebih mengejutkan apabila ia difahami dalam konteks ‘darurat palsu’ yang diisytiharkan pada 11 Januari 2021 yang membawa kepada penggantungan sidang Parlimen, kononnya untuk membantu usaha melawan COVID-19.

“(Ini) sedangkan semasa Darurat ini diisytiharkan, kita mencatatkan 2,232 kes harian dengan empat kematian akibat COVID-19, tetapi pada hari terakhir darurat, 1 Ogos 2021, kita mencatatkan 17,150 kes dengan 160 kematian akibat COVID-19, peningkatan kes dan kematian sebanyak lapan dan empat puluh kali ganda,” dakwanya. - Getaran, 15 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad