Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tidak Mahu Berkubur? Sayap UMNO, Sila Lakukan Penjenamaan Semula 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 7:00AM

Anjakan paradigma perlu dilakukan dengan melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berkualiti, bukan sekadar meminda had umur Ketua Pemuda UMNO semata-mata. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO digesa melaksanakan penjenamaan semula agar kembali dilihat sebagai sayap yang lantang bersuara dalam memperjuangkan isu belia. 

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sayap kanan UMNO itu perlu meningkatkan usaha untuk melakukan transformasi, dan ia mencakupi tumpuan kepada proses peremajaan dalam parti.

Menurut beliau, anjakan paradigma perlu dilakukan dengan melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berkualiti, bukan sekadar meminda had umur Ketua Pemuda UMNO semata-mata.

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani - Gambar fail
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani - Gambar fail

“UMNO seharusnya menjadi wadah perjuangan bangsa untuk kebangkitan semula anak muda Melayu dalam politik.

“Paling penting, sayap berkenaan kena rebrand agar UMNO menjadi suara yang lantang memperjuangkan isu anak muda, malah melatih pemimpin muda agar lebih disukai ramai. Jangan harapkan Dr Muhamad Akmal Saleh (Ketua Pemuda UMNO), itu tidak cukup,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas hasrat Dr Muhamad Akmal yang berazam membawa perubahan ketara dalam sayap kanan UMNO itu. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berusia 34 tahun itu berkata, ia termasuk menggubal Perlembagaan bagi memastikan umur Ketua Pemuda tidak boleh melebihi 40 tahun.

Mohd Azizuddin berkata, barisan kepemimpinan di peringkat Exco bukan sahaja perlu lebih berkaliber dan terpelajar, tetapi golongan itu perlu memastikan kehadiran mereka diterima baik oleh akar umbi.

“Aspek ini amat perlu diberi perhatian. Dalam parti lain juga ada perkara ini 

walaupun tak banyak. UMNO perlu menggerakkan lebih ramai pemimpin bawahan yang lebih berkaliber,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui, cadangan Dr Muhamad Akmal untuk meminda perlembagaan sayap itu agar umur calon Ketua Pemuda dihadkan sehingga 40 tahun tepat pada masanya, demi menjamin keupayaan anak muda dalam memimpin.

Jelasnya, perkara terbabit mampu mengembalikan keyakinan dalam kalangan anak muda terhadap perjuangan parti itu, sekali gus meneruskan kelangsungan UMNO untuk kekal relevan.

“Saya rasa memang sudah tiba masanya kena pinda perlembagaan Pemuda UMNO untuk hadkan umur ketuanya. Mana boleh kalau jawatan lain dalam sayap itu kena bawah umur 40 tahun namun jawatan nombor satu boleh melebihi usia tersebut.

“Sudah tiba masanya pinda perlembagaan hadkan umur Ketua Pemuda UMNO. Ia dilihat sebagai langkah tepat dalam membuka lebih banyak peluang kepada belia lain yang berkaliber untuk memimpin sayap tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Azizuddin berkata, UMNO perlu melihat kemungkinan melaksanakan pendekatan berbeza di kawasan bandar untuk menarik pengundi, demi lmenjamin kedudukan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

“Walaupun UMNO mempunyai daya tarikan untuk memancing penduduk pendalaman dan kampung, imej di bandar juga kena dijaga. Sayap parti itu perlu membawa agenda perjuangan orang muda ke peringkat tertinggi agar golongan itu tahu apa yang parti berkenaan lakukan.

“Mereka kena buat sesuatu, kalau boleh perkara luar biasa dalam menarik sokongan di peringkat nasional dan kepimpinan tertinggi UMNO, supaya golongan belia dapat melihat apa yang parti itu lakukan untuk mereka,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berpandangan, selain Pemuda, pembaharuan juga perlu dilakukan oleh Puteri UMNO, termasuk memikat hati golongan artis dan ikon untuk menyertai pergerakan tersebut seperti yang dilakukan ketika awal penubuhan mereka.

“Puteri UMNO sejak ditubuhkan sudah melibatkan kelompok selebriti dan personaliti terkenal. Ia jelas boleh menarik golongan anak muda untuk sertai parti berkenaan dan itu yang dilakukan oleh mereka dahulu.

“Anak muda suka kepada artis, selebriti dan personaliti seusia mereka berbanding hanya melihat tokoh politik semata-mata,” katanya.

Dr Jamaie Hamil - Gambar fail
Dr Jamaie Hamil - Gambar fail

Mengulas cadangan pindaan umur Ketua Pemuda UMNO, Jamaie berkata ia bukanlah faktor ‘bombastik’ yang mampu menarik minat anak muda untuk kembali cenderung terhadap parti berkenaan.

Menurut beliau, golongan terbabit mahu melihat strategi serta perancangan UMNO untuk membolehkan anak muda terus terlibat dapak politik.

“Had umur Ketua Pemuda UMNO di bawah umur kepada 40 tahun ialah cara lama kerana telah berjalan sejak dahulu lagi. Sebelum ini pun ada dibuat namun dipinda bagi membolehkan ahli melebihi usia 40 tahun bertanding jawatan tersebut. 

“UMNO ini dianggap (anak muda) satu parti lama. Justeru, Pemuda UMNO memerlukan idea baharu dan segar untuk dilakukan bagi menarik minat mereka,” tegasnya.

Pemilihan Pemuda UMNO Sesi 2023-2026 menyaksikan Dr Muhamad Akmal mendahului undi bagi kerusi nombor satu sayap berkenaan dan perkara terbabit turut dikongsikan mantan Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Twitter.

Dr Muhamad Akmal melepasi majoriti mudah 96 undi, sekali gus melayakkan beliau memegang jawatan tersebut.

Sementera itu, Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menang jawatan Ketua Puteri dalam persaingan enam penjuru pada pemilihan yang berlangsung dua hari lalu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Nurul Amal yang lebih dikenali sebagai Along mendapat 76 undi, menewaskan pencabarnya, Fadwah Anuwar; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan EXCO Puteri, Dr Masliha Harun.

Turut tewas ialah Setiausaha Puteri, Nurul Hazwani Haslan serta Ketua Puteri UMNO Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin. - Getaran, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

2

Politik 1 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

3

Semasa 3 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Besar Sungguh Pengorbanan Pemuda Jepun Ni

Sorotan

1

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

2

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

3

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

4

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

5

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

6

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Semasa 22 jam yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 22,000 Karton Minuman Keras