web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Lompat Parti Jadi Amalan, Ahli Politik Perlu Berani Tolak Tindakan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 4:55PM

Saifuddin turut berbahas di DUN Pulau Pinang pagi ini mengenai Usul Pengisytiharan Pengosongan Kerusi terhadap empat ADUN yang melompat parti. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Setiap ahli politik perlu bersikap tegas dan memiliki keberanian untuk memastikan tindakan lompat parti wakil rakyat, tidak menjadi amalan atau budaya dalam pentas demokrasi negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ramai bersetuju tindakan lompat parti menjadi punca ketidakstabilan politik dan pentadbiran negara.

“Tindakan lompat parti akan menyebabkan negara dan negeri akan berdepan ketidaktentuan hala tuju dan menghilangkan keyakinan pelabur untuk melabur,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan itu juga akan memberi kesan kepada rakyat dan negara.

“Kesannya? Tentunya usaha membela rakyat akan terganggu, akhirnya yang rugi adalah rakyat dan negara,” katanya.

Saifuddin Nasution memberitahu, beliau turut berbahas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pagi ini mengenai Usul Pengisytiharan Pengosongan Kerusi terhadap empat ADUN yang melompat parti.

Empat ADUN tersebut memfailkan injunksi terhadap badan perundangan Pulau Pinang daripada meluluskan usul pengosongan kerusi masing-masing, selepas mengambil keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

ADUN terbabit, Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang), memfailkan saman terhadap DUN Pulau Pinang dan Speakernya bagi mencabar usul dibentang pada Oktober 2020 supaya mereka mengosongkan kerusi masing-masing, supaya pilihan raya kecil dapat diadakan.

Bagaimanapun, mereka gagal memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk mencabar peruntukan di bawah Enakmen Antilompat Parti di negeri berkenaan.

Menerusi keputusannya pada 16 Disember lalu, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, menolak permohonan kebenaran yang difailkan empat ADUN berkenaan.

Sementara itu, setakat ini, hanya tujuh negeri sudah melaksanakan Undang-undang Antilompat Parti sejak ia berkuat kuasa pada 5 Oktober, tahun lalu.

Negeri berkenaan adalah Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, kerajaan akan meneliti semula penambahbaikan terhadap undang-undang tersebut bagi memastikan ia dapat terus melindungi mandat rakyat dalam pemilihan wakil rakyat. – Getaran, 6 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 2 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar