web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Saya Akan Bincang Dengan UMNO Sebelum Terima Bekas Ahli Mereka’ 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 8:57PM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PKR akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin UMNO sebelum menerima bekas ahli mereka ke dalam parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun beliau menyedari beberapa bekas ahli UMNO menyatakan minat untuk menyertai PKR, beliau akan merujuk sebarang permohonan itu kepada kepimpinan UMNO terlebih dahulu.

“Kita belum membuat sebarang keputusan lagi (berhubung penyertaan mantan ahli UMNO). Kita telah mengambil maklum terdapat bekas ahli UMNO yang menzahirkan hasrat untuk menyertai.

“Kita akan berbincang bersama pemimpin UMNO (terlebih dahulu),” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Sementara itu, ditanya berhubung pelantikan mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah yang juga anaknya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi kepada Perdana Menteri, Anwar mengulangi jaminannya bahawa jawatan tersebut tidak akan disalahgunakan.

“Tiada kemungkinan beliau menggunakan kedudukan itu untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan mengenai tender, kontrak atau projek.

“Ya, saya perlukan pengalamannya untuk membantu saya, tetapi biar saya tekankan bahawa beliau berada di sana untuk melindungi dan meneruskan agenda tadbir urus (baik) dan penolakan rasuah,” katanya.

Menurut Anwar lagi, beliau mengambil maklum kritikan orang ramai terhadapnya, susulan pelantikan Nurul Izzah, namun memberi jaminan pemberian kontrak kepada ahli keluarga tidak akan berlaku di bawah pentadbirannya.

“Tentunya saya mengambil pendirian tegas terhadap mereka yang menganugerahkan kontrak bernilai ratusan juta kepada anak, menantu ketika mereka memerintah. Kini, mereka pula mahu bercakap soal tadbir urus baik.

“Namun, saya hormati pandangan rakyat yang secara ikhlas bimbang jika kedudukan disalah guna untuk memperkayakan anggota keluarga mereka.

“Saya beri jaminan ini tidak akan berlaku di bawah pentadbiran saya. Mereka (anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan) tidak boleh berbuat demikian.

“Jika kamu bercakap soal pemberian gaji dan ganjaran, Nurul Izzah tidak mengambil sebarang elaun dan beliau memiliki pengalaman dan kepakaran,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan turut menafikan dakwaan kononnya gabungan tersebut sekadar mendapat 19 peratus sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lalu.

Sebaliknya, beliau memberitahu, berdasarkan kajian yang terperinci, gabungan politik tersebut secara keseluruhan memperoleh sebanyak 31 peratus dukungan pengundi Melayu di negara ini.

Jelas beliau, jika semua kekuatan parti komponen kerajaan perpaduan hari ini digabungkan, sokongan pengundi kepada kerajaan mencecah dua pertiga daripada keseluruhan undi pada PRU-15.

“Kalau 19 peratus dukungan Melayu, tidak mungkin kita dapat mencatat kerusi sepertimana dalam pilihan raya baru-baru ini.

“Memang ada kawasan yang rendah seperti di Kelantan dan Terengganu, (manakala) ada mencecah lebih 50 peratus seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan menteri terlibat segera menyiapkan pasukan untuk dihantar ke Turkiye susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Gazientep, hari ini.

“Kita menghantar pasukan yang terlatih khusus dalam mengendali dan membantu kes seperti ini. Walaupun Turkiye ada kekuatan tetapi sebagai negara sahabat yang rapat, bantuan itu amat bermakna,” katanya lagi. - Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik