web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hentikan Perpecahan Kaum, Belajarlah Daripada Semangat Perpaduan Rakyat Sarawak - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 7:00AM

Anwar (kiri) tiba di majlis makan malam negeri yang dianjurkan kerajaan Sarawak. - Gambar daripada Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua parti politik di Semenanjung supaya mencontohi semangat perpaduan yang ditonjolkan rakyat Sarawak.

Perdana Menteri berkata, ia bertepatan dengan ajaran Al Quran yang menganjurkan untuk kenal mengenal antara satu sama lain.

Katanya, ajaran itu seharusnya menginsafkan semua pihak untuk menghentikan seruan kepada perpecahan antara kaum.

“Saya turut singgung soal kaum, agama dan wilayah yang kini hangat dibangkitkan, terutama semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Ada satu hal harus dipelajari parti-parti di Semenanjung yang terus bergelut merebut kuasa, bahawa belajarlah dari semangat perpaduan ditonjolkan rakyat Sarawak,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Terdahulu Anwar tiba di Kuching, Sarawak untuk mengadakan lawatan kerja rasmi selama dua hari bermula semalam.

Sejurus tiba, beliau ke kediaman rasmi Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menerusi hantaran sama, Perdana Menteri menegaskan, Kerajaan Perpaduan dipimpinnya tidak akan bertolak ansur terhadap sesiapa yang cuba menggugat perpaduan antara kaum dan agama di negara ini.

Selain itu, Anwar berkata, sempena Majlis Makan Malam Negeri, beliau bersama Abang Johari berbicara panjang soal peri penting memegang janji dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), antara Kerajaan Persekutuan dan pentadbiran Sarawak serta Sabah.

Menurutnya, kerjasama persahabatan antara wilayah yang semakin erat saat ini, mesti menjadi hujah dan asas ampuh dalam memungkinkan hak Sarawak serta Sabah dihormati secara adil dan saksama, malah Islam amat menitikberatkan prinsip memegang pada janji.

“Seperti kita semua maklum, ia sudah tertangguh lama dan saya amat yakin ia mampu diselesaikan menerusi kerjasama baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak serta Sabah ‘once and for all for the sake of this country’ (demi kebaikan semua pihak dan negara).

“Saya turut tegaskan kepada rakan-rakan di Kementerian Kewangan bahawa sekiranya peraturan dituruti secara baik dan lancar, maka tidak ada masalah untuk ditingkatkan jumlah kelulusan projek dari RM50 juta saat ini, ke satu jumlah yang munasabah,” katanya.

Pada 4 Januari lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, pemimpin sekarang perlu mempunyai tekad untuk mempertahankan semangat Malaysia dalam MA63, selain menghormati perjanjian itu yang menjadi keputusan serta cerminan kebijaksanaan kepimpinan terdahulu.

Manakala, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung parti itu, baru-baru ini berkata, kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bukan lagi berstatus negeri, sebaliknya wilayah.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, sejak 60 tahun lalu, Sabah dan Sarawak banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

Justeru, katanya, kini adalah masa terbaik untuk sama-sama memajukan dua wilayah itu. - Getaran, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi