web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha Perkukuh Parti Boleh Dijalankan Tanpa Keluar GTA

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 7:07AM

Mukhriz Mahathir kelmarin yang mengesahkan PEJUANG berundur secara rasmi dari GTA bagi memperkukuh kedudukan mereka - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengunduran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dari Gerakan Tanah Air (GTA) yang dikatakan bagi memperkukuhkan parti, sama sekali tidak boleh diterima memandangkan usaha itu boleh sahaja dijalankan tanpa mengambil tindakan seumpama itu.

Mantan Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, GTA merupakan platform yang menggabungkan pelbagai parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu ternama dengan matlamat untuk menyatukan orang Melayu.

"Sebab itu apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan GTA, kita hendak menggabungkan Melayu-Islam. Matlamat Tun murni sebab itu kami akan berpegang kepada wadah perjuangan beliau. Ini matlamatnya (menyatukan orang Melayu)," katanya  kepada Getaran ketika dihubungi.

Beliau mengulas pengumuman PEJUANG menerusi Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kelmarin yang mengesahkan parti tersebut berundur secara rasmi dari GTA bagi memperkukuh kedudukan mereka.

"Perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Agung membuat keputusan supaya PEJUANG berundur dari GTA.

“Kita berundur secara terhormat dari GTA. Banyak perkara perlu dilakukan dalam PEJUANG sebelum betul-betul kita dapat memberi nilai tambah dalam mana-mana gabungan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Kedua PEJUANG.

Mengulas lanjut, Khairuddin mempersoalkan bagaimana legasi Dr Mahathir mahu diteruskan sekiranya wawasan negarawan terbabit untuk menggabungkan orang Melayu-Islam dalam GTA tidak diteruskan.

Jelasnya, ketika hendak mendaftarkan GTA, Mukhriz adalah antara individu yang mengikuti rombongan ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di Putrajaya untuk memberikan sokongan moral.

Selain itu, beliau memberitahu, Mukhriz juga merupakan antara pemimpin yang membuat kenyataan media pada hari borang permohonan penubuhan gabungan berkenaan dihantar.

"Kami akan bersama dengan Tun untuk meneruskan perjuangan beliau. Sebab itu apabila Tun buat GTA, kita hendak menggabungkan Melayu-Islam. Kami berpegang erat pada aku janji kami ketika hendak pegang jawatan (sebelum ini)," katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Datuk Dr Ismail Sualman menyuarakan pendapat berbeza apabila menganggap tindakan PEJUANG meninggalkan GTA sebagai langkah untuk 'menyelamatkan' rakan-rakan komponennya dalam gabungan terbabit.

Beliau berpendapat, parti itu dilihat seolah-olah kehilangan 'bisa' kepimpinannya sendiri, apabila Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai pengerusi kerana PEJUANG sinonim dengan negarawan berkenaan.

"Kita tahu Tun Mahathir apabila beliau telah kalah di Langkawi dan PEJUANG berhadapan kekalahan serta banyak hilang wang deposit, itu menunjukkan sokongan terhadap parti tersebut sudah begitu tipis sekali," katanya.

Ismail berpendapat, PEJUANG seeloknya memberi ruang kepada barisan parti sedia ada bagi mengurangkan wujudnya terlalu banyak parti berasaskan Melayu-Islam di negara ini. 

"Ini kita nampak eloknya kalau PEJUANG itu ditutup dan memberi ruang kepada mana-mana parti sedia ada. Terlalu banyak sangat cabang-cabang dalam parti berasaskan Melayu Islam. Itu menyebabkan kelemahan orang Islam sendiri.

"Jadi tindakan itu saya fikir kalau dilihat dari segi praktiknya, wajar dilakukan untuk mengurangkan lagi perpecahan Melayu," katanya. - Getaran, 16 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

3

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

4

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar