web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tian Chua Akui Bersalah, Harap Presiden Sudi Maafkan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 10:26AM

Tian Chua - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dipecat daripada parti minggu lalu mengakui kesalahannya dan sedar, tindakan dilakukan melanggar disiplin parti.

Bercakap kepada Free Malaysia Today, Tian Chua yang selama ini terkenal dengan kesetiaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Presiden PKR itu sudi memaafkan dirinya.

“Saya bertanding sebagai calon Bebas, dan ia jelas melanggar peraturan serta disiplin parti.

“Terpulang kepada presiden untuk memaafkan saya atau tidak,” katanya sambil mengakui, beliau berharap diterima kembali menyertai PKR.

Tian Chua pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Batu dalam pertembungan 10 penjuru.

Beliau bagaimanapun sekadar meraih 4,603 undi dan turut kehilangan deposit pertaruhan.

Bekas Ahli Parlimen Batu itu kini memiliki tempoh 14 hari untuk memfailkan rayuan selepas dipecat 7 Januari lalu.

Menurut Tian Chua, persoalan ketika ini ialah sama ada Anwar masih mempunyai belas kasihan terhadap dirinya.

“Sebagai presiden, Anwar boleh menggunakan kuasanya untuk memaafkan saya.

“Persoalannya apakah beliau memiliki belas kasihan itu, bukan hukuman (yang perlu saya terima),” katanya. - Getaran, 14 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Bertanding Di Tambun Kerana Yakin Berupaya Catat Kemenangan - Anwar 

2

Politik 3 tahun yang lalu

Ramai Kecewa Pemilihan Calon PKR, Senarai Patut Lebih Inklusif - Tian Chua

3

Politik 4 tahun yang lalu

Tian Chua Tewas Kerusi Ketua Cabang Batu

4

Politik 4 tahun yang lalu

Cadangan Tian Chua Abai Prinsip Perjuangan PKR

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad