web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ramai Kecewa Pemilihan Calon PKR, Senarai Patut Lebih Inklusif - Tian Chua

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 4:32PM

Tian Chua Tian mendakwa ramai pihak kecewa dengan beberapa calon yang bakal bertanding pada PRU-15. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa ramai pihak kecewa dengan beberapa calon yang diketengahkan kepimpinan parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau yang turut digugurkan berkata, senarai calon sepatutnya lebih inklusif bagi mencerminkan kepelbagaian di dalam parti.

“Memandangkan pada masa ini saya bukan lagi sebahagian daripada kepimpinan parti, saya tidak mengetahui proses terperinci pemilihan calon. Sudah tentu, sebarang bentuk pemilihan tidak akan memuaskan hati semua orang. Ia boleh difahami.

“Bagaimanapun, saya berpendapat senarai calon sepatutnya lebih inklusif bagi menggambarkan kepelbagaian dalam parti. Selepas pengumuman itu, ramai pihak yang kecewa dengan sesetengah pemilihan calon,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Tian Chua yang juga mantan Ahli Parlimen Batu berkata, keputusan kepimpinan parti merombak calon di beberapa kerusi bukan sahaja ‘mencederakan’ akar umbi tetapi pengundi setia mereka.

“Apabila Ahli Parlimen dan kerusi dirombak seperti kad, ia bukan sahaja mencederakan akar umbi parti tetapi mengecewakan pengundi yang setia menyokong kita.

“Ketika kita berarak untuk menyerang pihak lawan, kita juga harus berjaga-jaga agar tidak kehilangan kubu kita.

Ahli Parlimen bukan kelas istimewa tetapi hamba rakyat. Sebagai Ahli Parlimen, kita hidup dalam kalangan pengundi dan masyarakat adalah sebahagian daripada kehidupan kita,” katanya.

Menurut beliau lagi, antara kriteria utama untuk pemilihan calon ialah keupayaan untuk membina hubungan yang kukuh dengan kawasan pilihan raya.

Ujarnya, ketakutan terbesar beliau ialah kualiti itu perlahan-lahan semakin hilang dari kalangan Ahli Parlimen.

“Namun parti mesti berhati-hati dan tidak boleh mengabaikan reaksi dan sentimen pengundi, terutama pada musim pilihan raya.

“Saya ingin mengingatkan semua calon bahawa tanggungjawab mereka adalah untuk bersuara di kawasan mereka dan mewakili kepentingan pengundi,” katanya.

Nama Tian Chua tidak disebut sebagai calon PKR  bertanding di Parlimen Batu, menerusi pengumuman yang dibuat semalam. 

Sebaliknya PKR memilih untuk mengekalkan penyandangnya, P Prabakaran bagi mempertahan kerusi tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, permohonan Tian Chua untuk bertanding di Parlimen Batu, ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) atas alasan teknikal, kononnya beliau hilang kelayakan untuk bertanding.

Tian Chua merupakan Ahli Parlimen Batu selama dua penggal, bermula dari dari 2008 sehingga 2018. – Getaran, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Tian Chua Akui Bersalah, Harap Presiden Sudi Maafkan

2

Politik 3 tahun yang lalu

MCA Adakan AGM Secara Tertutup Tahun Ini

3

Politik 3 tahun yang lalu

Pengundi Awal Parlimen Padang Serai, DUN Tioman Tunai Tanggungjawab Esok

4

Politik 3 tahun yang lalu

PH Tidak Letak Syarat Bentuk Kerajaan Negeri - Wan Rosdy

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar