web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengundi Awal Parlimen Padang Serai, DUN Tioman Tunai Tanggungjawab Esok

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 11:46AM

Menurut senarai Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan bagi kedua-dua pilihan raya ini, terdapat 76 anggota polis bagi Parlimen Padang Serai manakala 262 anggota polis di DUN Tioman - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anggota keselamatan dan pasangan mereka akan menunaikan tanggungjawab mengundi pada pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Padang Serai, Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang esok.

Satu pusat pengundian awal melibatkan dua tempat mengundi atau saluran awal akan dibuka pada 8 pagi bagi Parlimen Padang Serai manakala dua pusat pengundian awal dengan dua saluran akan digunakan untuk DUN Tioman.

Menurut senarai Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan bagi kedua-dua pilihan raya ini, terdapat 76 anggota polis bagi Parlimen Padang Serai manakala 262 anggota polis di DUN Tioman.

Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) menyarankan semua pihak yang hadir ke pusat mengundi esok, agar mematuhi prosedur operasi standard perlindungan diri, dengan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal serta sentiasa mensanitasi tangan.

SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Disember ini berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M. Karupaiya pada 16 Nov lepas manakala pengundian DUN Tioman ditangguhkan susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli, pada 3.30 pagi hari pengundian (19 November lepas), yang dipercayai akibat serangan jantung.

Proses penamaan calon bagi Parlimen dan DUN tersebut berlangsung pada 24 November lepas diikuti pengundian awal esok dan 7 Disember ditetapkan sebagai hari pengundian. 

Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon PH Dr Mohamad Sofee Razak,; Datuk Azman Nasrudin (PN-Bersatu), Datuk C. Sivaraj  (Barisan Nasional (BN)-MIC), Hamzah Abd Rahman (Pejuang-Putra), Sreanandha Rao (Bebas) dan Mohd Bakhri Hashim (Parti Warisan).

Warisan kemudian mengumumkan tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan, namun logo Warisan masih tersenarai dalam kertas undi, kerana sudah didaftarkan sebagai antara parti yang bertanding.

DUN Tioman pula melibatkan saingan lima penjuru antara calon PN Nor Idayu Hashim, Datuk Seri Mohd Johari Hussain (BN), Osman A Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas) walaupun calon PH, Mohd Fadzli Mohd Ramly mengumumkan untuk menarik diri kerana logo PH masih tersenarai dalam kertas undi.

Keputusan PRU-15 pada 19 November lepas menyaksikan PH memperoleh 82 kerusi Parlimen, PN (73), BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: 3 Pengundi Awal Tunaikan Tanggungjawab Hari Ini

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Pusat Mengundi Awal Di PRK Pelangai - SPR

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Parlimen Pulai: 90 Peratus Pengundi Awal Laksana Tanggungjawab - SPR

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Parlimen Pulai: SPR Sasar 99 Peratus Pemilih Awal Keluar Mengundi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad