web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Pusat Mengundi Awal Di PRK Pelangai - SPR

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 3:52PM

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan kawalan di Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dewan Orang Ramai Kemasul, baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 3 Oktober ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semua pengundi awal yang sepatutnya dijadualkan keluar mengundi pada tarikh berkenaan diberikan kelonggaran untuk mengundi secara pos.

"Bagi PRK DUN Pelangai, sebanyak 73 kertas undi pos sudah dikeluarkan yang terdiri daripada 69 kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, dan Petugas Media), satu kategori 1C (Agensi dan Organisasi) serta tiga Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

"Kesemua anggota polis bagi PRK DUN Pelangai sudah dikeluarkan kertas undi secara pos. Tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada 3 Oktober 2023 nanti," kata SPR melalui satu kenyataan hari ini.

Susulan daripada itu, semua pengundi awal diingatkan untuk membuat penandaan pada kertas undi mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Pengundi-pengundi juga diingatkan untuk menjaga kerahsiaan mengundi seperti yang tertakluk di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan tepat borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus berkenaan sebelum jam 5 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 7 Oktober 2023.

"Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial," memetik kenyataan itu lagi.

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, Kasim Samat (Perikatan Nasional) dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).

BN mengekalkan kerusi DUN Pelangai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada November lalu menerusi Datuk Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu. - Getaran, 26 September 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad