web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Tian Chua Abai Prinsip Perjuangan PKR

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 8:49PM

Tian Chua. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Cadangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua supaya Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan pihak yang mampu memberi kemenangan kepada parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, seolah-olah menunjukkan beliau mengabaikan politik berteraskan nilai diperjuangkan selama ini.

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syukri Razab berkata,  cadangan itu tidak boleh dianggap remeh dan semestinya menjadi topik perbincangan umum, namun rakyat perlu mengetahui ia adalah kenyataan bersifat peribadi yang tidak menggambarkan pendirian parti.

“Saya menyokong saranan beberapa pihak menegah PH daripada membuat kerjasama dengan mana-mana individu yang pernah bersekongkol dengan pengkhianatan hingga menyebabkan tumbangnya kerajaan PH di peringkat pusat dan beberapa negeri.

“Tragedi ini bukan semata-mata soal hilang kuasa, tapi PH dinafikan hak dan ruang untuk melaksanakan perubahan yang diimpikan oleh semua rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Tian Chua bagaimanapun memberikan cadangan itu atas logik bahawa jika sesuatu kerjasama mampu memberi kemenangan kepada PH, parti berkenaan wajar melaksanakannya.

“Logik Machiavelli seperti dianuti Tian Chua ini bukanlah perkara baharu. Semua strategi menjadi halal demi mencapai cita-cita yang diinginkan,” katanya.

Syukri berkata, menerusi sikap ditunjukkan Tian Chua itu, tidaklah menghairankan jika beliau boleh berada dalam kartel mantan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini walaupun banyak hal telah dilakukan Ahli Parlimen Gombak berkenaan yang menyusahkan parti.

Malah, katanya, logik Tian Chua membenarkan sebarang kerjasama yang boleh membawa kemenangan.

Jelasnya, persoalan mungkin belum difikirkan Tian Chua adalah bagaimana jika kerjasama itu hanya membuka ruang untuk PKR atau PH sekali lagi dikhianati.

“Sedikit pelik bagaimana Tian Chua boleh terlepas pandang dengan risiko pengkhianatan selepas apa dilalui PKR, melainkan Tian Chua sendiri sebenarnya masih bersimpati dengan rakan-rakan baik beliau yang menjadi dalang Langkah Sheraton,” katanya.

Menurut Syukri, terjebak dengan gaya politik ‘kartel’ sejak sekian lama mungkin membuatkan Tian Chua tidak berjaya menilai strategi politik daripada perspektif rakyat biasa.

“Rakyat pasti akan kecewa dan marah sekiranya PKR melakukan perkara yang menyebabkan harapan rakyat dikhianati berulang kali.

“Janganlah terlalu berkiblatkan kuasa dan kemenangan sehingga mengabaikan politik berteraskan nilai,” katanya.

Mengulas lanjut, Syukri berkata, beliau selaku ahli lebih muda memohon agar bekas Ahli Parlimen Batu itu tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang hanya boleh merendahkan nilai PKR di mata umum.

“Saya hormat dan tidak berniat untuk menafikan hak Tian Chua untuk bersuara, tetapi memetik kata Lincoln, ‘lebih baik berdiam dan disangka bodoh, daripada bercakap yang akhirnya mengesahkan kebodohan,” katanya. – Getaran, 21 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

2

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

4

Politik 3 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 36 minit yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad