web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tuduhan Sabotaj Parti Tak Benar, Akaun Media Sosial Saya Yang Buat’ - Mutalib

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 12:10PM

Tuduhan bahawa Mutalib mahu mensabotaj parti dengan menukar kata laluan akaun media sosial sebagai tidak benar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Perak, Mutalib Uthman, menyifatkan tindakan parti itu menggantung keahlian beliau dan menggugurkannya daripada jawatan berkenaan, sebagai tidak berasas.

Mengakui tindakan itu dikenakan ke atasnya, Mutalib bagaimanapun menegaskan, tuduhan bahawa beliau mahu mensabotaj parti dengan menukar kata laluan akaun media sosial sebagai tidak benar.

Katanya, ia susulan beliau adalah individu yang mendaftarkan semua akaun media sosial MUDA.

“Benar, saya dilucutkan jawatan dan digantung selama tiga tahun oleh @partimuda.

“Cuma dalam tuduhan, ada nyatakan saya mahu sabotaj parti dengan menukar kata laluan.

“Saya ingin tegaskan, nak tukar kata laluan apa bendanya? Semua akaun media sosial itu saya yang buat. Sekian,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Getaran melaporkan, Mutalib digantung keahlian selama tiga tahun dan digugurkan daripada jawatannya berkuat kuasa kelmarin.

Setiausaha Agung MUDA, Amir Abd Hadi berkata, perkara itu diputuskan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) parti, susulan laporan diterima Lembaga Disiplin parti berkenaan, membabitkan tindakan Mutalib yang melanggar arahan parti.

“Pada 30 Oktober 2022, Mutalib didapati menaikkan poster di akaun media sosial peribadinya dan MUDA Perak untuk mengumumkan niat bertanding di Parlimen Tapah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dengan menggunakan saluran serta poster rasmi parti, tanpa persetujuan parti.

“Tindakan ini didapati melanggar ketetapan MUDA dan melanggar Fasal 5: Tanggungjawab Ahli dalam Perlembagaan MUDA, khususnya Fasal 5.1 (d) patuh dan menghormati keputusan parti dan 5.1 (f) memelihara nama baik dan maruah parti,” katanya. – Getaran, 29 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

4

Politik 2 tahun yang lalu

MUDA Tak Pernah Mohon Sertai PN – Amir Hadi 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar