web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri Ruang, Peluang Kepada Anwar Tadbir Negara - Adly

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 7:02PM

Adly Zahari berkata beliau yakin Anwar Ibrahim mampu memimpin negara berdepan jangkaan ketidaktentuan ekonomi global pada tahun depan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Beri ruang dan peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan tanggungjawabnya mentadbir negara, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari.

Timbalan Menteri Pertahanan itu berkata beliau yakin Anwar mampu memimpin negara berdepan jangkaan ketidaktentuan ekonomi global pada tahun depan, berdasarkan kemampuan serta pengalaman Perdana Menteri ke-10 itu.

"Saya cukup yakin beliau boleh membawa Malaysia ke hadapan dalam tempoh-tempoh yang bagi saya sukar juga kerana kita menghadapi isu-isu ekonomi.

"Sepatutnya kita rakyat Malaysia memberikan ruang dan peluang kepada Anwar serta paling penting sokongan dan dorongan untuk perdana menteri membawa Malaysia ke satu tahap lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada Lai Hua Kiong, 54, dan Tai Seng Fui, 63, di Kampung Machap Baru di sini yang masing-masing kehilangan empat ahli keluarga dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor baru-baru ini.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menyatakan kebimbangannya mengenai kemampuan Anwar untuk berdepan krisis kemelesetan ekonomi dan cabaran pemulihan pascapandemik berdasarkan pandangannya terhadap prestasi Ahli Parlimen Tambun itu sebagai menteri kewangan lebih 20 tahun lepas.

Mengulas lanjut, Adly berkata semua kementerian dipertanggungjawabkan oleh perdana menteri bagi merangka pelan untuk meringankan beban masyarakat yang mungkin terkesan dengan jangkaan ketidaktentuan ekonomi itu.

"Malah kita di peringkat Kementerian Pertahanan pun membicarakan tentang bagaimana kita boleh mengurangkan beban dan kos sara hidup tentera dan veteran... maknanya kita sepakat di semua peringkat kementerian.

"Isu utama kita banyak berkait dengan kos sara hidup... memang kita dalam tempoh ini sentiasa mencari penyelesaian masalah dihadapi rakyat," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad