web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDM Sokong Hajiji, GRS Terus Terajui Kerajaan Sabah - Wetrom

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 1:04PM

Parti KDM dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menyokong Hajiji Noor dan GRS untuk terus mentadbir dan menerajui Kerajaan Sabah - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) hari ini menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk terus menerajui kerajaan Sabah.

Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda berkata pendirian itu selaras dengan ketetapan serta pendirian Hajiji dan GRS menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menyertai kerajaan  perpaduan.

Beliau berkata ketika perjumpaan pimpinan KDM diketuai Presidennya Datuk Peter Anthony bersama Anwar di Putrajaya semalam, Perdana Menteri menyatakan sokongan untuk Hajiji terus mentadbir kerajaan Sabah selaras dengan sokongan GRS kepada kerajaan perpaduan.

"Justeru parti KDM dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti ini menyokong Hajiji dan GRS untuk terus mentadbir dan menerajui Kerajaan Sabah,” katanya yang juga ADUN Bandau dan Ahli Parlimen Kota Marudu menerusi kenyataan hari ini.

Selain Wetrom, dua lagi ADUN daripada KDM ialah Peter (Melalap) dan Juil Nuatim (Limbahau).

Semalam, Anwar berkata kerajaan perpaduan pimpinannya mencapai majoriti dua pertiga melalui penyertaan terkini GRS. Kemudian Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick memaklumkan semua tujuh ADUN Pakatan Harapan menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Wetrom berkata Pilihan Raya Umum ke-15 baharu sahaja selesai, justeru KDM tidak mahu terlalu banyak berpolitik kerana sekarang adalah masanya untuk semua pihak bersama kerajaan perpaduan pimpinan Anwar membangun negara, negeri dan juga rakyat.

"Kini adalah masanya kita bersama-sama membangun dan membela rakyat dan Negeri Sabah yang masih ketinggalan dalam banyak segi terutamanya kawasan luar bandar yang amat memerlukan pembangunan,” katanya.

GRS dianggotai Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bagi mentadbir negeri ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad