web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Mula Tugas Secara Rasmi Sebagai Perdana Menteri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 10:32AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugas rasminya sebagai Perdana Menteri di Perdana Putra, Putrajaya hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Kenderaan membawa Anwar tiba di pekarangan bangunan Perdana Putra pada jam 9.52 pagi.

Sebaik sahaja tiba di pintu protokol, Perdana Menteri sempat menurunkan tingkap kenderaan dan melambai ke arah sekumpulan pengamal media yang berada di pintu masuk berkenaan.

Anwar Ibrahim tiba di Perdana Putra, Putrajaya untuk memulakan tugas secara rasmi. - Gambar oleh Azim Rahman
Anwar Ibrahim tiba di Perdana Putra, Putrajaya untuk memulakan tugas secara rasmi. - Gambar oleh Azim Rahman

Ketibaan Anwar disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Anwar yang mengenakan baju Melayu lengkap bersamping kemudian mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 5.

Ahli Parlimen Tambun itu kemudian mengaminkan doa yang dipimpin Pegawai Integriti Jabatan Perdana Menteri (JPM) Muhd Redza Ahmad sebelum menandatangani Buku Selamat Datang.

Terdahulu lebih 50 pengamal media termasuk wartawan, jurugambar dan juruvideo pelbagai agensi dan portal media cetak dan elektronik sudah menunggu seawal jam 7 pagi bagi merakam detik sejarah itu.

Lebih 50 pengamal media termasuk wartawan, jurugambar dan juruvideo pelbagai agensi dan portal media cetak dan elektronik sudah menunggu seawal jam 7 pagi di Perdana Putra - Gambar oleh Azim Rahman
Lebih 50 pengamal media termasuk wartawan, jurugambar dan juruvideo pelbagai agensi dan portal media cetak dan elektronik sudah menunggu seawal jam 7 pagi di Perdana Putra - Gambar oleh Azim Rahman

Beliau turut beramah mesra dengan penjawat awam yang menunggu ketibaan beliau di lobi Perdana Putra.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, petang semalam.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia selepas Seri Paduka mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu mengenai proses melantik Perdana Menteri susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (19 November) lalu.

Menurut rekod, Anwar pernah menyandang beberapa jawatan dalam kabinet iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pendidikan (1986 hingga 1991), Menteri Kewangan (1991 hingga 1998) dan Timbalan Perdana Menteri (1993 hingga 1998).

Kenderaan membawa Anwar tiba di pekarangan bangunan Perdana Putra pada jam 9.52 pagi - Gambar oleh Azim Rahman
Kenderaan membawa Anwar tiba di pekarangan bangunan Perdana Putra pada jam 9.52 pagi - Gambar oleh Azim Rahman

Beliau bagaimanapun dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada September 1998 dan mengetuai bantahan awam terhadap Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bermulanya gerakan reformasi.

Sejak tahun sama (1998), Anwar yang juga bapa enam anak mengetuai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam misinya untuk mengukuhkan demokrasi dan kedaulatan undang-undang negara.

Antara pencapaian terbaiknya adalah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh AsiaMoney pada 1996.

Beliau juga pernah dilantik sebatai Presiden Majlis Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (Unesco), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa, Presiden Kehormat Kebolehpercayaan dan Ahli Lembaga Penasihat Kumpulan Krisis Antarabangsa. – Getaran, 25 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi