web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zuraida Mohon Maaf Jika Ada Kesilapan, Tetap Teruskan Perjuangan Politik

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 6:22PM

Zuraida memohon kemaafan daripada pengundi di kawasan itu sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Saya menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 ini dengan hati terbuka walaupun terkilan kerana tidak lagi dapat meneruskan khidmat sebagai Ahli Parlimen Ampang,” kata calon Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin.

Ia adalah komen pertamanya selepas disahkan tewas di tangan Rodziah Ismail dari Pakatan Harapan (PH) menerusi keputusan rasmi diumumkan tengah malam tadi.

“Sungguhpun sedikit terkilan kerana tidak lagi dapat meneruskan khidmat saya sebagai Ahli Parlimen Ampang, saya bersyukur kerana diberikan peluang selama tiga penggal untuk berbakti kepada pengundi di sini.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Ampang kerana selama hampir 15 tahun saya menjadi wakil rakyat, sokongan dan dorongan mereka berikan merupakan perkara amat bermakna bagi saya,” katanya menerusi kenyataan.

Zuraida berkata, beliau juga ingin memohon kemaafan daripada pengundi di kawasan itu sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan, sepanjang memikul tanggungjawab di situ.

“Saya telah cuba sedaya upaya dalam memberikan khidmat bakti terbaik kepada semua, namun saya hanyalah insan yang turut mempunyai kelemahan.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh jentera PBM yang berusaha gigih sepanjang tempoh kempen PRU-15,” katanya.

Menurut kenyataan sama, beliau mengucapkan syabas kepada Rodziah dan mengharapkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga itu, memanfaatkan kemenangan berkenaan dengan berkhidmat sepenuh hati demi kepentingan warga Ampang.

“Perjuangan saya tidak terhenti di sini kerana saya akan terus aktif bersama PBM dalam usaha melaksanakan perubahan signifikan bagi meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat Malaysia,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Rodziah menang besar dalam pertandingan sembilan penjuru apabila memperoleh 56,754 undi dengan majoriti 29,681 undi.

Zuraida pula hanya meraih 4,589 undi dan berada di tempat keempat selepas Rodziah, calon Perikatan Nasional (PN), Sasha Lyna Abdul Latif dengan 27,073 undi dan Barisan Nasional (BN) Ivone Low Yi Wen (11,509).

Biarpun kekalahan mantan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di kerusi panas itu sudah dijangka susulan kontroversi didepaninya, undi empat angka diperoleh beliau mengejutkan, malah menjadi antara calon nama besar yang kehilangan deposit pertaruhan.

Terdahulu, tindakan Zuraida yang ‘melompat keluar’ daripada PKR pada 24 Februari 2020 bersama 10 Ahli Parlimen parti terbabit diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika itu menerusi Langkah Sheraton, dikecam hebat.

Mereka bukan sahaja dianggap dalang kepada tindakan yang mencetuskan ketidakstabilan politik dan menyaksikan tumbangnya kerajaan PH, malah turut dilabel pengkhianat apabila berbuat demikian selepas meraih kemenangan di kawasan masing-masing menerusi tiket PKR pada PRU-14. - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang Di Ampang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dijangka Beroperasi Semula Februari Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Beranak Ditemukan Mati Di Kediaman Mereka Di Ampang

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 20 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad