web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Patut Lebih Dominan Dalam PN, Ada Pandangan Sendiri - Ismail Sabri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 7:20AM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap ketika hadir pada Tinjauan Mesra Parlimen Titiwangsa di Padang Permainan, Perumahan Awam Seri Perlis 2 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PAS sebagai parti besar dan sudah lama ditubuhkan sepatutnya menjadi parti dominan dalam Perikatan Nasional (PN) 

Justeru, katanya PAS patut mempunyai pandangan sendiri dan ada hak bersuara dalam gabungannya, termasuk menentukan kerjasama parti itu dengan parti atau gabungan lain selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

"Saya difahamkan Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) yang menyatakan kesediaan bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) jika tidak mendapat majoriti mudah pada PRU-15.

"PAS ini parti besar dan lebih awal daripada Bersatu, sepatutnya dominan dan ada 'say' dalam PN," katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra bersama penduduk di Perumahan Awam Seri Perlis 2, Keramat di sini malam tadi. 

Turut hadir calon BN Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ismail Sabri berkata demikian mengulas kenyataan Takiyuddin yang menyatakan PAS  bersedia untuk bergabung dengan BN sekiranya tidak mendapat majoriti mudah pada PRU-15. 

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN kemudian dilaporkan berkata PN tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15. 

Sementara itu Ismail Sabri berkata tindakan pimpinan Bersatu yang sering mengkritik pandangan PAS tidak sepatutnya berlaku. 

"Jika begitu, PAS perlu memikirkan untuk bergabung dengan parti politik yang lain," katanya sambil menyatakan bahawa kenyataan Setiausaha Agung PAS itu akan dibincangkan oleh Majlis Tertinggi UMNO sekiranya BN gagal membentuk kerajaan selepas PRU-15 nanti. 

Mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa telah ada perbincangan antara pemimpin UMNO dengan PN untuk bekerjasama, Ismail Sabri berkata: "Setahu saya tiada, ia tidak pernah dibincangkan." - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

4

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar