web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelanggang PRU-15 Dibuka, Penamaan Calon Hari Ini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 7:00AM

PRU-15 membuka tirai secara rasmi hari ini dengan penamaan calon akan berlangsung bermula pada jam 9 hingga 10 pagi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) membuka tirai secara rasmi hari ini dengan penamaan calon akan berlangsung bermula pada jam 9 hingga 10 pagi.

Penamaan calon itu membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, manakala Perlis (15) serta Perak (59).

Pada masa sama, Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya di Sabah diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

Selesai penamaan, calon yang disahkan bertanding akan mula berkempen selama 14 hari sehingga jam 11.59 malam pada 18 November ini.

Bagi menjalankan proses PRU-15 dan PRK DUN Bugaya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik 222 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dengan dibantu 1,264 Penolong Pegawai Pengurus.

Manakala bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR menubuhkan 625 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) dianggotai wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon bertanding.

Seramai 21,173,638 pemilih berdaftar terdiri daripada 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 tentera dan pasangan, 118,794 polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) serta 2,741 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Terdahulu, pada 20 Oktober lalu, SPR mengeluarkan writ PRU-15 dan mengumumkan hari penamaan calon adalah pada 5 November, manakala hari mengundi awal pada 15 November serta hari mengundi pada 19 November.

Sementara itu, cuaca di sepanjang hari penamaan calon esok diramal hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

PRU-15 diadakan susulan Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu, selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, dengan pengumuman itu, mandat akan dipulangkan kepada rakyat kerana ia adalah penawar ampuh bagi negara menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan kerajaan yang teguh, stabil serta dihormati selepas PRU-15. – Getaran, 5 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK DUN Nenggiri Buka Tirai Hari Ini

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

3

Politik 2 tahun yang lalu

Satu Lawan Satu Di PRK Kemaman

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Parlimen Kemaman Bermula Hari Ini

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad