web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRK Parlimen Kemaman Bermula Hari Ini

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 8:03AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman bermula hari ini, dengan pusat penamaan calon di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman di sini akan dibuka jam 9 pagi nanti.

Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon sebelum diisytiharkan layak bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 28 November, manakala 2 Disember sebagai hari pengundian.

Kempen PRK itu ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini hingga detik 11.59 malam, pada 1 Disember.

Isnin lalu, Barisan Nasional (BN) menamakan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral (B), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, 66, sebagai calon, manakala PAS memilih Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara itu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan tidak meletakkan calon pada PRK Parlimen Kemaman.

Sebanyak 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada PRU15, Che Alias menang kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi; calon Pakatan Harapan, Hasuni Sudin (8,340) dan calon Pejuang, Rosli Ab Ghani (506).

Dalam pada itu, Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu, Rosli Zakaria menasihati mereka yang terlibat pada penamaan calon pagi ini supaya berhati-hati dan peka dengan perubahan sekeliling kerana hujan diramalkan melanda seluruh daerah Kemaman dari pagi sehingga petang nanti. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK DUN Nenggiri Buka Tirai Hari Ini

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: 42 Peratus Mengundi Setakat 1 Tengah Hari - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: 12 Pasukan Op Cantas Ditempat Di Lokasi Hotspot - Polis

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 22 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad