web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tengku Zafrul, Kazim Elias Antara Muka Baharu BN, Galas Tanggungjawab Berat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Nov 2022 12:03AM

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak ketinggalan mempertaruh muka baharu sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) termasuk nama besar iaitu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau diberi tanggungjawab besar apabila diletakkan di Parlimen Kuala Selangor yang kini disandang oleh bekas Menteri Kesihatan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dari AMANAH.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar oleh Azim Rahman
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz - Gambar oleh Azim Rahman

Selain itu, BN turut mempertaruh penceramah agama terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias atau Ustaz Kazim Elias bagi menawan semula Parlimen Larut yang kini disandang Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Penampilan kali pertama Ustaz Kazim itu dilihat ramai sebagai satu mandat berat kerana beliau bakal dicabar ‘orang lama’ yang tentunya lebih arif dengan selok-belok politik.

Parlimen Larut sebelum ini dimenangi Hamzah yang bertanding di bawah tiket BN pada PRU-14.

Turut membuat penampilan kali pertama adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Hizatul Isham Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai Isham Jalil.

Bekas Ketua Penerangan BN Selangor tersebut ditempatkan di Parlimen Shah Alam sebagai strategi untuk merampas kerusi terbabit daripada PH yang disandang oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Selain itu, anak kepada Pendekar Negara, Allahyarham Tan Sri Omardin Mauju, Megat Zulkarnain Omardin dinamakan sebagai calon BN untuk menandingi kerusi panas iaitu Parlimen Gombak.

Megat Zulkarnain Omardin - Gambar oleh Azim Rahman
Megat Zulkarnain Omardin - Gambar oleh Azim Rahman

Beliau pada PRU-14 adalah calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia namun kalah kepada calon PKR ketika itu, Hilman Idham.

Megat kali ini dicalonkan sebagai calon Parlimen BN yang akan bersemuka dengan nama besar iaitu Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

BN juga kali ini mempertaruhkan individu paling kontroversi dalam UMNO iaitu Datuk Jamal Md Yunos sebagai calon di Parlimen Sungai Besar.

Jamal Md Yunos - Gambar oleh Azim Rahman
Jamal Md Yunos - Gambar oleh Azim Rahman

Jamal yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar kerap kali mencetuskan kontroversi, antaranya bertuala mandi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor disebabkan masalah air satu ketika dulu.

Beliau juga pernah melarikan diri dan bersembunyi di Indonesia selepas menghilang ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Ampang Puteri pada Mei 2018.

Jamal yang merupakan Ketua Gerakan Baju Merah didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak di hadapan bangunan SUK Selangor.

Turut dicalonkan adalah bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun atau dikenali sebagai Azwan Bro, menggantikan penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman yang digantung keahlian selama enam tahun. - Getaran, 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

Semasa 1 hari yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

oleh Sophia Ahmad