web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertarungan Bagan Datuk: Shamsul Iskandar Mahu Jadi ‘Giant Killer’ Sekali Lagi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 7:00AM

Shamsul Iskandar Md Akin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mungkinkah Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menjadi pilihan PKR sebagai calon untuk kerusi Parlimen Bagan Datuk apabila parti itu memuktamadkan senarai nama pencalonan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 5 November ini?

Shamsul Iskandar yang juga penyandang kerusi Hang Tuah Jaya di Melaka berkata, beliau sedia melepaskan kerusi selamatnya itu untuk mengikut jejak langkah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perak dan menentang orang nombor satu UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Jika Anwar boleh ke Tambun, saya rasa sebahagian daripada kami orang kanan dalam parti ini juga harus turun ke Perak. Jadi, saya menawarkan diri untuk Bagan Datuk,” katanya kepada The Vibes.

Shamsul Iskandar, 48, dianggap ‘giant killer’, selepas menewaskan Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tun Mohd Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil pada PRU 2013. Beliau mengekalkan kerusi terbabit yang kemudian dinamakan sebagai Hang Tuah Jaya pada 2018.

Kelmarin, Anwar pada Konvensyen PH di Ipoh mengumumkan, beliau tidak akan mempertahankan Port Dickson untuk bertanding di Tambun yang kini disandang Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ini adalah sebahagian daripada strategi ‘Perak Bangkit’ untuk Pakatan Harapan (PH) merampas negeri berkenaan.

“Anwar menunjukkan sifat kepimpinan dengan bertanding di kerusi yang dianggap tidak selamat. Orang lain harus mengikut contoh ditunjuk Anwar dan melepaskan kerusi selesa mereka serta bertanding di kerusi lebih mencabar pada PRU-15,” kata mantan Timbalan Menteri Industri Utama itu.

Shamsul Iskandar berkata, beliau sedar bukan tugas mudah untuk menewaskan Ahmad Zahid, iaitu anak tempatan yang mempertahankan kerusi Bagan Datuk sejak tahun 1995.

“Ya, beliau sudah lama menyandang kerusi itu. Beliau adalah Presiden UMNO dan mantan Timbalan Perdana Menteri, jadi saya perlu bekerja keras,” kata Shamsul Iskandar.

Dengan hari pengundian pada 19 November depan, kerusi Bagan Datuk adalah tempat harus diberi tumpuan, lebih-lebih lagi calon Bebas, Tawfik Ismail daripada Gerak Independent turut bertanding di situ dengan menawarkan anti-rasuah dan integriti sebagai manifestonya.

“Saya amat menghormati Tawfik dan apa yang diwakilinya sejak arwah bapanya (mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman) adalah pengasas UMNO dan negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih berhemah untuk mendapat sokongan jentera pilihan raya, seperti dimiliki PKR jika kita mahu menentang lawan seperti Ahmad Zahid,” katanya.

Berdepan pertuduhan rasuah dan kemungkinan dipenjarakan, pencalonan Ahmad Zahid pastinya membuka ruang kepada lawannya untuk ‘menyerang’ beliau ketika tempoh berkempen.

Malah, ada spekulasi bahawa Ahmad Zahid mungkin memberi laluan kepada anaknya, Datuk Nurulhidayah, namun dinafikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

“Sesiapa sahaja lawan, saya akan memastikan ia (kempen) dilakukan secara berhemah dan mendengar kebimbangan pengundi mengenai isu nasional serta tempatan,” tambah Shamsul Iskandar.

Pada PRU-14, Ahmad Zahid mengekalkan kerusinya dengan majoriti 51.37 peratus, menewaskan calon PH, Pakhrurrazi Arshad dan Ata Abdul Muneim Hasan Adli dari PAS. Daftar pemilih semasa menyaksikan bilangan pengundi meningkat daripada 45,000 kepada 58,000. – The Vibes, 22 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 2 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 2 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

4

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 minit yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 57 minit yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar