web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DAP Rancang Letak Calon Baharu, Perjuangan Charles Santiago Bakal Berakhir?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 8:30PM

Charles Santiago - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Keputusan sama ada Charles Santiago berpeluang mengekalkan kerusinya di Parlimen Klang bakal diketahui hujung minggu ini.

Dianggap sebagai antara Ahli Parlimen DAP yang benar-benar berjaya, Santiago dilihat berjaya menangani semua isu sejak dilantik sebagai Ahli Parlimen pada 2008.

Beliau sejak itu berjaya mengekalkan penguasaan dengan pertambahan majoriti setiap kali di Parlimen tersebut yang memiliki 210,000 pengundi berdaftar.

Santiago juga berjaya memecahkan penguasaan Barisan Nasional (BN) selama tiga penggal pada 2008, apabila menewaskan calon MCA, Ch’ng Toh Eng dengan majoriti 17,701 daripada keseluruhan 59,27 undi.

Pada 2013, beliau sekali lagi mempertahankan kerusi berkenaan dalam pertandingan menentang Teh Kim Poo, dengan majoriti 24,685 iaitu pertambahan berbanding sebelum, manakala pada 2018, Santiago memperoleh majoriti terbesar iaitu 78,733 berbanding Ching Eu Boon (BN), Khairul Shah Abdullah (PAS) dan calon Bebas, G Puvananderan.

Semua kejayaan diraih Santiago itu membuatkan orang ramai mula tertanya-tanya akan niat sebenar DAP apabila memutuskan untuk meletakkan calon lain di situ.

Persoalan mula timbul apabila pengundi menyedari bahawa Ahli Parlimen Sri Kembangan dan bekas exco negeri, Ean Yong Hian Wah sudah mula menampilkan dirinya sebagai pengganti Santiago.

Dalam respon kepada Getaran, Ean Yong berkata, tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini oleh pemimpin atasan DAP berhubung pencalonannya di Klang bagi menggantikan Santiago dan segala keputusan akan ditentukan oleh pimpinan parti.

“Tiada komen untuk (soalan) ini. (Sebab) bukan saya yang putuskan (sebarang keputusan),” katanya ketika dihubungi.

Secara tidak langsung, senario ini menyebabkan rekod perkhidmatan Ean Yong di Sri Kembangan mula dipantau rapi, dan menyebabkan pimpinan atasan DAP berdepan soalan, mengapa beliau dilihat lebih layak bertanding di Klang berbanding Santiago.

Beberapa laporan dalam DAP sebelum ini menyebut, Klang memerlukan Ahli Parlimen Cina walaupun Santiago sentiasa berada di hadapan bagi membawa suara rakyat, mencakupi isu bekalan makanan untuk penduduk memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), isu perbandaran dan banjir yang sering melanda.

Ketika dihubungi, Santiago memberitahu belum berbincang mengenai nasibnya itu bersama kepimpinan parti.

“Saya belum diberitahu apa-apa oleh kepimpinan parti. Tapi jika benar saya akan digantikan, penduduk di Klang yang selama ini menyokong kita berhak tahu mengapa.”

Sementara itu, Santiago menerima sokongan penuh beberapa persatuan Cina, termasuk Persatuan Keturunan Wu Pantai Klang pada satu majlis makan malam di sini.

Beliau juga dijemput menghadiri majlis makan tengah hari anjuran beberapa persatuan Cina lain esok.

Santiago juga dipercayai adalah satu-satunya penasihat bukan Cina untuk Persatuan Tarian Singa Kebangsaan.

Sementara itu, senarai calon DAP dijangka dimuktamadkan hujung minggu ini dan akan diserahkan kepada panel lima pemilih pada 17 Oktober nanti.

Panel tersebut terdiri daripada Pengerusi parti, Lim Guan Eng, Timbalan Pengerusi, Gobind Singh Deo, Setiausaha Agung, Anthony Loke Siew Fook, Naib Presiden, M Kulasegaran dan Naib Pengerusi Nasional, Nga Kor Ming. - Getaran, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

3 minggu yang lalu

Tekap Bantal Ke Muka Teman Wanita Hingga Mati, Mekanik Dipenjara 32 Tahun, 12 Sebatan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Emas Didakwa Pandu Melulu Hingga Sebabkan Kematian 2 Beradik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Langgar Lari: Pemandu SUV Diburu Sebabkan Kematian 2 Beradik

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad