web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Didakwa Pandu Melulu Hingga Sebabkan Kematian 2 Beradik

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2026 2:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian dua wanita yang juga pasangan adik-beradik, Rabu lepas.

Ang Kim Lai, 75, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin, di hadapan Majistret A. Khartiyayini.

Kim Lai yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) itu, didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Wong Nyok Sim, 62, dan Wong Nyoke Fong, 57 di Jalan Pekan Baru di sini pada 7.30 malam, 15 Mei.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda antara RM20,000 hingga RM50,000, termasuk lesen digantung, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Nadia Syuhada Rosli menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Bagaimanapun, peguam Tong Kuan Ling yang mewakili Kim Lai memohon jaminan yang minimum, kerana bapa kepada lima anak itu menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis yang memerlukan rawatan susulan.

Mahkamah kemudian membenarkan lelaki itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai, selain menetapkan 4 Ogos untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian pada 15 Mei, di Jalan Pekan Baru, dua wanita berusia 57 dan 62 tahun maut, manakala seorang remaja berusia 17 tahun turut cedera selepas dirempuh sebuah SUV yang dipandu seorang warga emas.

Pemandu SUV berkenaan dilaporkan melarikan diri sejurus kemalangan, sebelum ditahan polis di kedai makan miliknya pada keesokan hari. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

2

5 hari yang lalu

Tekap Bantal Ke Muka Teman Wanita Hingga Mati, Mekanik Dipenjara 32 Tahun, 12 Sebatan

3

Semasa 5 hari yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

4

Semasa 5 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Video Tular Di Media Sosial, Wanita Benarkan Anak Berdiri Melalui ‘Sunroof’ Ditahan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia, Singapura Laksana Sistem Imigresen Digital Baharu, Berkuat Kuasa Januari 2027

oleh Sophia Ahmad