web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Sukar Menang PRU Secara Bersendirian - Aziz Bari

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 6:12PM

Aziz berkata sukar untuk UMNO untuk menang PRU secara bersendirian. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Melihat senario politik di Malaysia, agak sukar untuk UMNO memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secara bersendirian.

Meskipun boleh dianggap sebagai parti Melayu terbesar dan menerima sokongan kukuh daripada komponen sedia ada, UMNO dilihat masih tidak berkeupayaan untuk menubuhkan kerajaan secara bersendirian, tanpa sokongan pihak lain.

Justeru, tindakan dan kenyataan UMNO yang menolak sebarang kerjasama dengan, Anwar Ibrahim, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada PRU15 dianggap tidak masuk akal.

Ketua Pembangkang Perak, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam temu bual eksklusif bersama Getaran menyifatkan, kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu memasuki gelanggang PRU secara sendirian, tidak lagi berkesan untuk menarik sokongan pengundi Melayu.

“Apabila Presiden UMNO, Ahmad Zahid mengeluarkan slogan ‘No DAP, No Anwar, No PKR, No BERSATU, ia menggambarkan sesuatu yang pelik dan tidak masuk akal.

“Pendirian berkenaan membuatkan UMNO jelas bakal merintis laluan sukar pada PRU15 nanti dan apakah slogan itu akan kekal diguna pakai selepas PRU,” katanya.

Aziz yang juga seorang tokoh akademik dan pakar perundangan menganggap, tindakan Zahid hanya akan menyusahkan parti UMNO itu sendiri.

Beliau menjangkakan, UMNO berkemungkinan besar tidak akan dapat mengekalkan kesemua kerusi yang dimenangi mereka pada PRU14 lalu.

“PAS adalah faktor yang sangat relevan dalam isu kerjasama politik ini dan kekuatan UMNO banyak bergantung kepada mereka,” katanya.

Sebelum ini, UMNO memutuskan untuk tidak menjalin sebarang kerjasama dengan BERSATU, PRK, PAS, mahupun DAP pada PRU15, dan hanya bersama kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen dibubarkan.

Keputusan itu dibuat UMNO selepas Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta parti berkenaan menyatakan pendirian, berhubung kedudukan kerjasama sebelum rundingan pengagihan kerusi diteruskan untuk PRU15.

Terdahulu, ketika Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), UMNO secara lantang menyatakan pendirian mereka untuk menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan BERSATU pada PRU15.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataannya juga berkata, tidak ada perbincangan berkaitan dengan mana-mana parti berkenaan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

Tambah beliau, perundingan hanya berlaku setelah PRU15, apabila UMNO menjadi dominan dalam pembentukan kerajaan. - Getaran, 6 April 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad