Berita Terkini

6 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Pemimpin PH Sokong Saifuddin Dilantik Semula Setiausaha Agung PKR

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 12:52PM

Saifuddin Nasution - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin dan pemerhati politik Pakatan Harapan (PH) memuji tindakan PKR melantik semula Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai setiausaha agungnya, ketika pembangkang berusaha memantapkan gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Saifuddin yang juga pemimpin veteran PKR, terkenal dengan pendekatannya sebagai pendamai untuk menyelesaikan sebarang kemungkinan perselisihan faham dalam kalangan sekutu gabungan itu.

Ini kerana blok pembangkang mengambil pendekatan berhati-hati susulan peristiwa Langkah Sheraton dan siri kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak serta beberapa pilihan raya kecil.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Saifuddin memainkan peranan penting dalam mengekalkan hubungan antara partinya dengan sekutu lain dari Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

“Ya, Saifuddin memainkan peranan penting dalam PH. Dia seorang pembina konsensus,” katanya kepada The Vibes.

Ditanya sama ada Saifuddin akan menjadi pemimpin PKR pertama akan dihubunginya berhubung hal ehwal PH, Anthony berkata, Saifuddin antara ahli politik utama yang perlu dihubungi.

“Kami bekerjasama sejak bertahun-tahun lamanya,” katanya.

Ahli Parlimen Bangi (DAP), Ong Kian Ming turut senada dengan Anthony dalam perkara itu.

“Saifuddin adalah seorang pemimpin disegani dalam kalangan pembangkang PH dan tahu bagaimana untuk berurusan dengan pelbagai pemimpin dalam sekretariat PH dan majlis presiden,” katanya.

Pada 21 Julai lalu, Saifuddin dikekalkan sebagai setiausaha agung PKR manakala Nurul Izzah Anwar pula dilantik semula sebagai naib presiden parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi AMANAH, Mohamed Hanipa Maidin enggan mengulas banyak mengenai hal ehwal dalaman parti PH lain, kerana pelantikan Saifuddin adalah atas budi bicara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihormati ahli parti.

Bagaimanapun, Hanipa berkata, beliau amat yakin Anwar mungkin mempertimbangkan secara mendalam semua merit dan kelemahan, sebelum akhirnya memutuskan untuk melantik Saifuddin.

“Lagipun, Saifuddin bukanlah orang baru dalam politik, apatah lagi dalam politik PKR. Saya percaya dia (Saifuddin) mengetahui setiap sudut dan ceruk politik dalaman PKR,” kata Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Katanya, beliau percaya pelantikan Saifuddin, ditambah pula dengan peranan Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden PKR yang dipilih, akan memberi kelebihan kepada parti itu pada PRU-15.

Sementara itu, Presiden UPKO Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, Saifuddin amat penting dalam hubungan antara ahli gabungan PH.

“Tidak dinafikan (Saifuddin penting). Dia memainkan peranan penting dalam PH. Dia memudahkan banyak perkara (semasa UPKO menyertai PH).

“Pelantikan beliau adalah satu perkembangan yang baik kerana kami telah membiasakan diri untuk bekerjasama,” katanya.

Bagaimanapun Wilfred yang menerajui parti berpangkalan di Sabah itu sejak 2014 berkata, Saifuddin mungkin tidak semestinya diperlukan untuk rundingan peruntukan kerusi membabitkan UPKO di negeri itu.

“Mengenai peruntukan kerusi, kami mahu melakukan ini secara positif. Kami tidak mahu bergaduh (antara gabungan). (Ini adalah) Kerana kita sepatutnya bertanding kerusi yang kita fikir boleh menang,” katanya.

Sementara itu pemerhati politik, Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia (USM) senada dengan pendapat bahawa Saifuddin selaku antara pemimpin utama amat setia dan teguh menyokong perjuangan pembangkang.

“Beliau seorang yang baik untuk berada dalam gabungan seperti PH,” katanya.

Pakar Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Azmi Hassan berkata, sikap pendamai Saifuddin akan menjadi aset bagi PKR dalam berhubung dengan sekutu mereka dalam PH, terutamanya AMANAH dan DAP.

“Satu perkara yang pasti ialah pelantikan ini adalah sebahagian daripada strategi untuk mengumpul pemimpin PKR berikutan pemilihan dalaman, yang menyaksikan Rafizi mengambil jawatan nombor dua (mengalahkan Saifuddin).

“Ini adalah kompromi antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kem Rafizi. Anda juga boleh melihat ini (pelantikan Saifuddin) seperti perdamaian dalam PKR, dan kurang mengenai PKR menghadapi rakan PH,” katanya. - The Vibes, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 hari yang lalu

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Tidak Rasional Tuduh Kerajaan Persekutuan Anak Tiri Negeri Pembangkang - Saifuddin

4

Politik 4 bulan yang lalu

Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman Suspek Kes Tembak KLIA Disambung 5 Hari Lagi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Semasa 9 jam yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Komited Posisikan Malaysia Antara 20 Negara Terbaik Punyai Ekosistem Pemula Menjelang 2030 – PM