web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penangguhan Undi 18 Satu Penghinaan - Aziz Bari

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 3:07PM

Aziz Bari berkata keputusan untuk menangguhkan Undi 18 mengecewakan. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penangguhan Undi 18 terus mendapat reaksi hangat, yang menyifatkan ia sebagai satu manifestasi terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan.

Ketua Pembangkang Perak, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam temu bual eksklusif bersama Getaran menyifatkan, pengumuman SPR itu jelas melanggar keputusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang telah meluluskan pindaan bersejarah itu pada Julai 2019, bagi membolehkan warganegara berusia 18 tahun ke atas mendaftar sebagai pengundi serta menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

“Saya rasa keputusan itu merupakan sesuatu yang mengecewakan dan saya juga yakin, rata-rata pemimpin politik mahupun rakyat berasa kesal apabila pelaksanaan ini tidak dapat diteruskan tanpa alasan yang kukuh.

“Pada saya Undi 18  wajar dilaksanakan, kerana Malaysia antara negara yang ketinggalan di Asean apabila masih belum melaksanakan Undi 18, kecuali Singapura,” katanya lagi.

Minggu lepas, satu acara dikenali sebagai Himpunan Tuntut Undi 18 diadakan, bagi membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Persekutuan yang menangguhkan pelaksanaan Undi 18.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jemaah menterinya perlu bertanggungjawab atas kegagalan untuk melaksanakan Undi 18 pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini.”

Menurut sekretariatnya, penangguhan selama lebih 15 bulan itu adalah mengarut dan tidak mencerminkan kesungguhan pihak berwajib untuk memberikan hak mengundi kepada anak muda yang mencapai berumur 18 tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, Aziz yang juga merupakan seorang tokoh akademik dan pakar perundangan menjelaskan, antara punca mengapa kerajaan sukar untuk meluluskan Undi 18 adalah disebabkan, komitmen kerajaan yang tidak bersungguh dalam melaksanakan undi berkenaan.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jemaah menterinya perlu bertanggungjawab atas kegagalan untuk melaksanakan Undi 18 pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini.

“Berdasarkan Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan, Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen, justeru keputusan ini menggambarkan kegagalan bersama Jemaah Menteri,” tegasnya lagi.

Dari aspek lain Aziz juga berkata, Rang Undang-Undang (RUU) meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur mengundi dari 21 ke 18 tahun merupakan satu sejarah kerana menerima persetujuan total, sekali gus diiktiraf sebagai kemenangan bersama semua pihak.

“Bukan senang untuk mendapat kerjasama dan persetujuan bersama melibatkan kerajaan dan pembangkang pada ketika itu, tapi disebabkan adanya kekangan dan alasan yang tidak munasabah, ia kelihatan sangat mengecewakan,” ujar beliau.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya harus bersikap realistik dengan perkembangan dan situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Secara tidak langsung katanya, situasi sedemikian menjejaskan perancangan dan persiapan SPR menjayakan pendaftaran pemilih automatik serta undi 18, yang dijangka dilaksanakan Julai depan.

Sementara itu, berdasarkan rekod terkini SPR, jumlah warganegara berumur 18 tahun dan ke atas ialah seramai 5.6 juta orang dan 1.2 juta daripadanya berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Manakala, individu berusia 21 tahun dan ke atas yang layak mengundi tetapi belum membuat pendaftaran sebagai pemilih pula terdiri daripada 4.4 juta orang. - Getaran, 4 April 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

3

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

4

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar