web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemungkinan PN Tarik Sokongan: BERSATU Tidak Konsisten, Bimbang Hilang Jawatan - Loke

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 9:00AM

Anthony Loke - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun Perikatan Nasional (PN), khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberi tekanan mahu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan itu tidak mempengaruhi DAP untuk mempercayai bahawa mungkin berlaku pilihan raya mengejut.

Menyifatkan BERSATU sebagai ‘tidak konsisten’, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, pendirian tidak menentu ahli parti terbabit berhubung perkara itu, memberi petunjuk bahawa mereka hanya mahu mengekalkan kedudukan demi keuntungan sendiri.

“Satu hari mereka mengatakan bahawa mereka mahu menarik balik sokongan mereka (terhadap kerajaan) tetapi hari berikutnya, pemimpin BERSATU akan mendakwa bahawa itu tidak berlaku kerana keputusan belum dibuat lagi.

“BERSATU tidak konsisten, mereka takut kehilangan jawatan,” katanya pada sidang media hari ini tanpa merujuk kepada mana-mana individu tertentu daripada parti itu.

Ahli Parlimen Seremban itu menambah, pendirian PN berhubung sokongannya terhadap kerajaan tidak ada kaitan dengan DAP, sambil menyatakan bahawa PH akan mengadakan perbincangan untuk merancang langkah seterusnya jika senario politik baharu diperkenalkan.

“Jika mereka (PN) menarik sokongan mereka kepada Ismail Sabri, sekali gus menyebabkan beliau kehilangan majoriti di Parlimen, PH akan berbincang dan melihat apa perlu dilakukan seterusnya. Buat masa ini, kami menyimpan strategi kami sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, mantan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS, Datuk Khairuddin Aman hari ini dilaporkan berkata, Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang sudah melakukan kesilapan taktik dengan memilih BERSATU, berbanding UMNO.

Beliau juga mendedahkan, ramai ahli PAS berkongsi pandangan sama tetapi lebih suka memendamnya, berbanding bertindak bertentangan dengan keputusan parti itu memilih BERSATU, bukan UMNO.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, gabungan itu akan terus menyokong pentadbiran Ismail Sabri sehingga tamat penggal Parlimen pada 15 Julai 2023.

Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengesahkan sokongan kepada Ismail Sabri, dengan mendakwa ‘cakap-cakap’ mengenai PN mempertimbangkan penarikan sokongan terhadap kerajaan hanya pandangan pihak tertentu.

Sebelum itu, Ismail Sabri menegaskan, kerajaan bersedia untuk mengadakan ‘pilihan raya mengejut’, sekiranya parti tertentu menarik balik sokongannya terhadap kerajaan.

Baru-baru ini, PN membuat ugutan untuk menarik balik sokongannya berhubung keengganan Ismail Sabri melantik Timbalan Perdana Menteri daripada BERSATU.

Perjanjian antara PN dan Ismail Sabri untuk Timbalan Perdana Menteri BERSATU dibuat antara PN dan beliau selepas parti itu memberikan sokongan terhadapnya dengan syarat jawatan Timbalan Perdana Menteri diserahkan kepada BERSATU, tetapi belum ditunaikan sehingga kini.

Khamis lalu, Ismail Sabri membatalkan pertemuan dengan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada saat akhir bagi membincangkan perkara itu.

Susulan pembatalan itu, sumber daripada PN memberitahu The Vibes bahawa gabungan berkenaan masih terbuka untuk mengadakan perbincangan bersama Ismail Sabri, dengan mendakwa sokongan mereka bergantung kepada justifikasi Perdana Menteri yang enggan memberikan jawatan nombor dua dalam kerajaan kepada BERSATU.

Manakala, sumber lain mendedahkan bahawa beberapa pemimpin BERSATU menentang idea untuk parti itu keluar daripada kerajaan, dengan beberapa pemimpin parti kini memegang jawatan eksekutif.

Sementara itu, Ismail Sabri juga berdepan gesaan dari dalam UMNO supaya tidak menuruti tuntutan PN, dengan veteran parti, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menggesa Perdana Menteri mengabaikan taktik ugutan digunakan pesaing Barisan Nasional (BN) itu. - The Vibes, 8 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Politik 1 bulan yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

3

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad