web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Duta Lantikan Politik: Persetujuan Kabinet Kriteria Utama

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 11:07AM

Saifuddin Abdullah berkata, perkara tersebut adalah kriteria utama sebelum proses pencalonan dilaksanakan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pencalonan ketua perwakilan Malaysia ke luar negara menerusi lantikan politik perlu mendapatkan persetujuan kolektif daripada ahli Jemaah Menteri.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, perkara tersebut adalah kriteria utama sebelum proses pencalonan dilaksanakan.

"Pelantikan ketua perwakilan secara lantikan politik bukanlah suatu perkara asing keraja ia telah dilaksanakan sejak beberapa tahun dahulu melibatkan beberapa ahli parlimen, mantan menteri dan mantan pegawai kanan kerajaan. 

"Pelantikan tersebut merupakan satu langkah strategik bagi mengenengahkan agenda dan kepentingan negara dalam keadaan tertentu," katanya ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan dari Khalid Abd Samad (AMANAH-Shah Alam) dan Noor Amin Ahmad (PKR-Kangar) berkaitan isu perlantikan duta ke luar negara.

Saifuddin menambah, selaku wakil yang ditauliahkan ke negara asing, ketua perwakilan yang bersesuaian seharusnya dikenal pasti bagi memastikan kepentingan strategik negara dalam dunia diplomasi yang dinamik dapat diketengahkan.

Menurutnya, setiap ketua perwakilan juga diberikan tanggungjawab untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (HOMKPI) yang bertujuan memantau prestasi dan pencapaian mereka selaku wakil rasmi kerajaan Malaysia di negara penempatan masing-masing.

“Lazimnya, proses pemilihan calon ketua-ketua perwakilan Malaysia ke luar negara dilaksanakan melalui dua kaedah, antaranya melibatkan pelantikan pegawai berkarier diplomatik,” katanya. 

Jelas beliau, proses pemilihan secara lantikan politik dilaksanakan ke atas individu yang bukan berkarier diplomatik termasuk ahli politik, mantan pegawai kanan kerajaan atau mana-mana individu dengan kepakaran dan kelayakan untuk dilantik sebagai ketua perwakilan. 

"Calon-calon yang dikenal pasti hendaklah melepasi tapisan keutuhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang isu integriti," katanya lagi.

Jelasnya, pegawai berkarier diplomatik yang dilantik sebagai duta besar atau pesuruhjaya tinggi kebiasaannya terdiri daripada pegawai di Kementerian Luar yang berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun dan mempunyai pengalaman ditempatkan di beberapa pejabat perwakilan di luar negara. 

Perkara berkenaan jelas Saifuddin lagi, turut berdasarkan ketetapan minimum perjawatan duta besar atau pesuruhjaya tinggi mengikut negara pada Gred M54 iaitu setara dengan jawatan setiausaha bahagian di kementerian.

"Kerajaan pada hari ini melihat bahawa pelantikan ketua perwakilan secara lantikan politik merupakan langkah yang boleh dipertimbangkan. 

"Antara faktor yang diambil kira ialah kebolehan calon tersebut menjalinkan hubungan rapat dengan ahli badan legislatif serta memahami sistem politik di negara penerima (receiving state)," katanya. - Getaran, 3 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

2

Luar Negara 4 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar