web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BERSATU Tidak Lemah Jika Santhara Keluar Parti - Hamzah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 5:24PM

Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LARUT - Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tindakan Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar yang dilapor akan keluar daripada Bersatu tidak akan memberi kesan atau melemahkan parti itu.

Hamzah, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata ini kerana masa depan parti ditentukan oleh jumlah keseluruhan ahli dan bukan oleh seseorang Ahli Parlimen.

"Perjuangan yang dibawa ahli atau sesebuah parti itu lebih mustahak. Ahli Parlimen kadang-kadang mempunyai sikap untuk kepentingan individu sahaja manakala ahli-ahli yang menentukan perjuangan parti, ideologi parti ...segala apa yang dilakukan adalah untuk masa depan agama, bangsa dan negara. 

"Jadi tidak menjadi sesuatu yang boleh menyebabkan parti itu lemah semata-mata atas sikap seorang individu yang hanya memperjuangkan untuk diri dia mungkin," katanya selepas menghadiri Sesi Dialog pada program Hari Kita Demi Negara Zon Utara anjuran Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Ahli Parlimen Larut itu berkata status Santhara, yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, dalam Bersatu akan diumumkan kemudian, difahamkan melalui satu mesyuarat tidak lama lagi.

Beliau juga enggan mengulas sama ada pucuk pimpinan parti telah menerima surat yang diserahkan oleh Santhara untuk keluar parti seperti didakwa.

Semalam, media melaporkan Santhara, yang menyertai Bersatu pada Ogos 2020 dan dilantik sebagai ketua sayap bersekutu parti itu tahun lepas, didakwa sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada Bersatu kepada Hamzah.

Sementara itu, Hamzah berkata Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat berhubung pemilihan logo baharu untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

"Kita lantik beberapa syarikat untuk cipta beberapa rekaan untuk kita bincang dan capai kata putus dalam mesyuarat yang akan datang," katanya.

Pada 11 Julai lepas, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata logo baharu akan diperkenal untuk digunakan pada PRU15 susulan terdapat cadangan bagi mengubah suai logo sedia ada semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

2

Politik 1 bulan yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad