web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adam Adli Janji AMK Jadi Penggerak Utama, Dekati Pengundi Baharu

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 1:48PM

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) bertekad menjadi penggerak kepada PKR dalam memainkan peranan mendekati pengundi muda, menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. 

Ketuanya, Adam Adli Abd Halim berkata, usaha tersebut penting lebih-lebih lagi dengan peningkatan signifikan aspek kesedaran dalam kalangan pengundi muda, terhadap tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Dengan menjaga kebersamaan, kekuatan dan kesepakatan dalam angkatan tersebut katanya, AMK akan memikul tanggungjawab serta menempuh cabaran mendatang untuk menarik golongan berkenaan.

"Tahun ini adalah sangat kritikal. Kita melihat peningkatan besar dalam demokrasi pengundi muda berusia 18 tahun hingga 25 tahun iaitu peningkatan yang sangat signifikan. 

"Kalau kita tengok dapatan-dapatan yang dibuat sebelum ini, sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dianggap keterlibatan yang sangat rendah namun dengan keadaan negara yang semakin tenat, orang muda kembali bersemangat untuk mengubah nasib negara ini.

"Dapatan terbaharu menunjukkan lebih 80 peratus anak muda pengundi kali pertama menyatakan hasrat untuk mengambil sikap dalam PRU akan datang. Turun mengundi dan mahu melakukan sesuatu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Adam Adli menambah, pemilihan dan kongres parti mendapat perhatian ramai kerana PKR adalah parti yang menjadi harapan buat rakyat Malaysia untuk melihat sebuah negara menjadi lebih baik.

"Sejak reformasi bergema 20 tahun lalu, ia tidak pernah berhenti disahut dari generasi ke generasi, ia diteruskan. Waktu saya masuk, saya bawa nyalakan bersama. Kita harus nyalakan bersama api reformasi. 

"Nilai serta prinsip yang diperjuangkan untuk rakyat Malaysia dan PKR ini akan terus diwariskan pada generasi akan datang," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan, Fadhlina Sidek memberitahu, perbahasan dan ucapan penggulungan pada kongres kali ini merupakan satu lonjakan untuk menterjemah gerak kerja parti.

“Saya ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih, saya tekuni semua perbahasan dan ucapan penggulungan sebentar tadi sebagai satu lonjakan untuk menterjemah gerak kerja kita selepas ini," katanya. - Getaran, 17 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

3

Pendidikan 8 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

4

Rencana 8 bulan yang lalu

Puan Menteri, Berhentilah Beralasan Demi Anak-Anak Bangsa! 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad