web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kepimpinan PKR Dituntut Sedia Peluang Luas Wanita Jadi Pemimpin, Wakil Rakyat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 6:25PM

Faizah Ariffin berkata, meskipun matlamat 30 peratus keterlibatan wanita sebagai pembuat keputusan termaktub dalam Perlembagaan parti, namun sehingga hari ini ia tidak mampu dicapai. - Gambar oleh Sofian Baharom

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kepimpinan PKR yang bakal bersidang esok dituntut memberikan peluang lebih luas kepada wanita dalam kalangan anggota parti itu menjadi pemimpin dan wakil rakyat.

Perwakilan Wanita Keadilan, Datin Faizah Ariffin berkata, meskipun matlamat 30 peratus keterlibatan wanita sebagai pembuat keputusan termaktub dalam Perlembagaan parti, namun sehingga hari ini ia tidak mampu dicapai.

“Jadi inilah masanya, memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) juga makin dekat, kita mohon kepada pimpinan yang akan bersidang esok untuk kita tuntut sekurang-kurangnya wanita diberikan peluang, boleh?

“Tidak kira, hari ini selalu disebut Ketua Wanita kita, Fuziah Salleh bahawa kita hendak letakkan 20 orang wanita kita duduk di Dewan Negara, duduk di Dewan Rakyat, boleh?,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas ucapan dasar Ketua Wanita Keadilan sempena Kongres Nasional Wanita Keadilan Ke-16 bertemakan ‘Mengupaya Wanita Untuk Berdaya’ di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Atas sebab itu, tambah Faizah, perwakilan sayap tersebut perlu memilih barisan kepimpinan yang boleh mewakili suara Wanita Keadilan dan wanita Malaysia secara keseluruhannya.

Faizah memberitahu, barisan kepimpinan itu bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan memasuki gelanggang pilihan raya umum (PRU) secara sederap dengan merangkul semua kekuatan yang ada.

“Seterusnya kita pastikan gerak kerja membina semua wanita dan menang pada PRU-15. Kita tidak boleh tercicir. Ini adalah tugas berat kepada Ketua Wanita Keadilan dan barisan pimpinan baharu yang akan dipilih hari ini,” katanya.

Menarik perhatian, beliau berkata, tanggungjawab besar kepimpinan baharu itu adalah untuk membawa parti mencapai kemenangan pada PRU-15.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman - Gambar oleh Sofian Baharom
Rabiatul Adawiyah Sulaiman - Gambar oleh Sofian Baharom

Sementara itu, perwakilan Wilayah Persekutuan, Rabiatul Adawiyah Sulaiman menjelaskan, usaha mendayakan wanita adalah satu inisiatif bersama.

Beliau menambah, keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan bukan lagi satu anugerah atau keistimewaan kepada wanita, tetapi sebagai hak kaum hawa.

“Wanita berhak membina kerja profesional dan pada masa sama memupuk keluarga sejahtera. Wanita berhak menggalas tugas ketua organisasi dan dalam masa sama memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anaknya,” kata beliau.

Menurutnya, keseimbangan itu menjadi kunci bagi mendepani cabaran mengupaya wanita untuk menyumbang kepada ekonomi.

Pada masa sama, beliau berkata, usaha mengupayakan wanita bukan mudah tetapi ia sesuatu yang perlu.

“Kita laungkan wanita perlu terus diupaya dan wanita nadi keadilan, tetapi pada akhirnya kita wajib berganding bahu mengembleng tenaga menjayakan usaha ini bersama-sama.

“Kita akan melawan sampai menang dan pastikan Wanita Keadilan mendapat tempat sewajarnya. Kita mahu pastikan Wanita Keadilan menjadi pejuang utama bagi segenap wanita dalam negara ini,” katanya. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Telah Masukkan Kehadiran Dalam Kes Saman Dr Mahathir

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Perdana Menteri Harus Beri Jaminan Mahasiswa 'Dilindungi' Jika Bersuara Mengkritik Kerajaan 

3

Budaya 3 tahun yang lalu

Kongres IBBY 2022 Kumpul Penggiat Industri Buku Kanak-Kanak Di Putrajaya

4

Politik 4 tahun yang lalu

Adam Adli Janji AMK Jadi Penggerak Utama, Dekati Pengundi Baharu

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad