web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pahang Kekalkan Formula Muafakat Nasional

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 12:15PM

Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar - Gambar Facebook UMNO Kuantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - UMNO Pahang tetap meneruskan kerjasama dengan PAS seperti dipersetujui melalui perjanjian Muafakat Nasional (MN) sejak tahun 2019.

Setiausaha UMNO negeri, Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar berkata, sebarang keputusan dibuat adalah hasil persefahaman antara pimpinan UMNO Pahang dan PAS Pahang tanpa dipengaruhi secara langsung atau tidak langsung dengan pendirian di peringkat Pusat. 

“Kita di Pahang kekal mempertahankan apa yang dipersetujui ketika (piagam) Muafakat Nasional ditandatangani pada September 2019.

“Suasana hubungan antara UMNO dan PAS di negeri ini juga berbeza dengan situasi (hubungan) di tempat (negeri) lain, jadi jangan bandingkan hubungan MN di Pahang dengan negeri lain. 

“Dalam hal ini, pujian harus diberi kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerana atas kebijaksanaan beliau, semua ahli dewan undangan negeri (ADUN) daripada UMNO dan PAS mendapat peruntukan yang sama. Apa yang ADUN kita (UMNO) dapat, mereka (ADUN PAS) juga dapat,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pahang, Abdul Hamid berkata, UMNO Pahang menghormati keputusan dibuat Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

“Itu pendirian parti dan kita hormati, kita tidak mempunyai hubungan dengan mereka (BERSATU) dan fokus kerajaan Pahang adalah meneruskan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional. 

“Kalau kita teliti ucapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang (Wan Rosdy) semalam dan berdasarkan maklumat awal yang kita ada, mereka (BERSATU) ingin meletakkan calon di lima kerusi Parlimen di negeri ini. 

“Antara kawasan (kerusi) yang mereka mahu (letakkan calon) ialah Kuantan, Indera Mahkota, Temerloh, Bentong dan Raub, (tapi) tidak ada sebarang perbincangan dibuat antara pimpinan BERSATU dan UMNO dalam hal ini dan ia keputusan mereka sendiri," katanya. 

Abdul Hamid berkata, UMNO negeri tidak melihat keputusan dibuat BERSATU Pahang itu memberi kesan terhadap hubungan baik antara UMNO dan PAS Pahang. 

“Kami juga difahamkan mereka sudah mengumumkan penubuhan Perikatan Nasional Pahang baru-baru ini dan saya tidak nampak perkara ini juga boleh memberi kesan terhadap hubungan antara UMNO dan PAS negeri. 

“Bagi kami, kerja diteruskan seperti biasa dan kita ingin memastikan hubungan MN di Pahang boleh menjadi contoh kepada kerjasama antara UMNO dan PAS di negeri lain,” katanya. - Getaran, 30 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran