web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Keperluan Adakan Mesyuarat Khas Parlimen Bentang, Bahas RUU Lompat Parti

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 3:34PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan tiada keperluan untuk kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, selaku Ketua Majlis, Perdana Menteri menetapkan RUU itu akan dibahas dan dibentangkan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas 2022 bermula 18 Julai ini, sebagaimana takwim sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Katanya, beberapa faktor dipertimbangkan semasa sesi perbincangan bersama Perdana Menteri berhubung perkara itu, antaranya penjimatan kewangan kerajaan dalam melaksanakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi kedua-dua Dewan.

“Penjimatan ini dijangka boleh digunakan untuk perkara lain, seperti membantu kelangsungan rakyat.

“Pada keseluruhannya jumlah kos perlu ditanggung kerajaan adalah kira-kira RM1,077,600 tidak termasuk kos operasi jika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara diadakan.

Wan Junaidi berkata, ketika ini ramai Ahli Parlimen mengadakan lawatan ke luar negara sehingga pertengahan Julai ini bagi mengikuti program kerajaan dan ia tidak boleh ditangguhkan kerana membabitkan pihak berkepentingan.

“Sebagai contoh terdapat dua Jawatankuasa Pilihan Khas akan ke luar negara pada awal bulan Julai sehingga pertengahan Julai 2022, iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi serta Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan,” katanya.

Beliau berkata, selepas RUU itu dibahas dan dibentangkan bermula 18 Julai ini, ia akan disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pewarkahan dan pewartaan Rang Undang-Undang tersebut.

“Pembentangan RUU ini mengikut takwim Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan datang yang memberi masa mencukupi untuk RUU tersebut diteliti Ahli Parlimen sebelum ia dibahas.

“Perkara ini tidak dapat dilaksanakan jika Mesyuarat Khas diadakan,” katanya. - Getaran, 9 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad