web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Minum Minyak Sawit Kembali Hangat, Teresa Selar Isham

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 8:10PM

Teresa Kok - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok hari ini menyelar kenyataan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil yang memperlekehkan pelaksanaan kempen minum sesudu minyak sawit sehari ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Tegasnya, minyak sawit merah sangat berkhasiat dan ia bukanlah minyak sawit biasa yang telah melalui proses penapisan.

Jelas Teresa, khasiat minyak sawit merah telah terbukti dan disokong pakar sains serta pengkaji minyak sawit di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

“Saya terkejut dengan kenyataan Isham kerana ia bukan sahaja tidak berasaskan fakta dan sains, tetapi juga menentang dasar kerajaan berhubung hasil kelapa sawit yang menjadi kebanggaan Malaysia.

“Saya tidak tahu sama ada beliau belajar sains daripada media sosial atau beliau tidak yakin dengan kerajaan, sama ada yang ditadbir oleh PH atau Barisan Nasional, untuk mempertahankan komoditi negara,” katanya.

Media hari ini melaporkan kenyataan Isham yang menyenaraikan 18 ‘kebodohan’ menteri PH sebagai menjawab dakwaan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua bahawa Malaysia tidak mempunyai ‘menteri bijak’.

Dalam satu catatan di Facebook, Isham secara sinis mempersoalkan sama ada Pua merujuk kepada kenyataan dan dasar yang dibuat oleh menteri PH ketika gabungan itu mentadbir negara selama 22 bulan.

Beliau turut menyenaraikan 18 perkara, termasuk gesaan Teresa agar rakyat mengamalkan pengambilan sesudu minyak sawit merah setiap hari untuk mengekalkan keremajaan kulit.

Turut dipertikaikan Isham ialah bantuan kewangan RM30 yang diumumkan mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan pengenalan kereta terbang oleh Mantan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Teresa berkata, Isham sepatutnya membuat ulang kaji tentang produk kebanggaan negara termasuk minyak sawit merah, bukan menjatuhkan imej produk Malaysia yang penting.

Jelasnya, beliau juga berharap ejekan Isham terhadap cadangan minum sesudu minyak sawit merah tidak akan dijadikan bahan kempen anti kelapa sawit oleh pihak antarabangsa yang bertujuan menjejaskan hasil keluaran serta eksport negara ini.

“Memang mudah untuk menuduh orang lain ‘bodoh’ tetapi kesannya boleh kena batang hidung sendiri.

“Saya berharap pemimpin politik sama ada PH atau PN dan BN, serta seluruh rakyat Malaysia terus menjayakan Kempen Sayangi Sawitku, tanpa mengira siapa yang menjadi kerajaan,” katanya.

Pada April 2019, Teresa yang menyandang jawatan Menteri Perusahaan Utama ketika itu mengajak semua Ahli Parlimen di Dewan Rakyat supaya mengambil minyak sawit merah untuk kekal ‘awet muda’.

Jelasnya, minyak sawit merah yang kaya dengan mikronutrien dengan lebih 20 jenis kumpulan karotenoid juga bersifat antioksida dan bebas daripada lemak trans. - Getaran, 19 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Guna Metafora ‘Kapal Bocor', Aminuddin Beri Amaran Pengkhianatan Dalaman PH 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

 MoU Sime Darby Oils, Guangxi Beibu Gulf Tingkat Pembelian Minyak Sawit - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

'Ada Ura-Ura Saya Bakal Dipecat' - Isham

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad