web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guna Metafora ‘Kapal Bocor', Aminuddin Beri Amaran Pengkhianatan Dalaman PH 

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2026 2:29PM

Amiruddin Harun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konvensyen Nasional Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru hari ini menjadi medan kepada pimpinan gabungan itu membincangkan cabaran perpaduan dalaman serta agenda reformasi politik menjelang pilihan raya akan datang.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dalam ucapan disifatkan antara paling lantang pada konvensyen berkenaan, secara terbuka mengakui kemelut politik di negerinya baru-baru ini berpunca daripada tindakan pihak tertentu dalam kalangan PH sendiri yang mengkhianati gabungan itu.

Menggunakan metafora ‘kapal bocor’, beliau menggambarkan bagaimana ketidaksetiaan dalaman hampir menggugat kestabilan kerajaan PH di Negeri Sembilan, meskipun gabungan tersebut telah lama dibina atas dasar kerjasama politik.

“Kita di Negeri Sembilan mempunyai sebuah kapal besar. Kapal yang kita bina ini kukuh, hebat dan mampu menempuh badai. Kita telah melalui perjalanan yang panjang bersama.

“Sebagai nakhoda, kita melihat mereka menunjukkan kesetiaan ketika berada di dalam kapal. Namun, secara tiba-tiba mereka berasa tidak selesa, mungkin keadaan terlalu panas atau mereka mahukan sesuatu yang baharu, lalu mula menebuk lubang dari dalam,” katanya.

Menurut Aminuddin, walaupun krisis berkenaan berjaya ditangani, kesannya masih dirasai dan harus dijadikan pengajaran kepada semua anggota parti menjelang pilihan raya akan datang.

“Kapal itu ditebuk dan air mula masuk. Saya tertanya-tanya mengapa mereka bertindak sedemikian tanpa sebarang penjelasan, tanpa menunjukkan tanda tidak puas hati. Mungkin ketika membina kapal, kita juga terlupa menyediakan kolam renang.

“Walaupun kebocoran itu berjaya ditampal, kesannya tetap kekal. Dan apabila muncul tanda-tanda kebocoran, itu bermakna pengkhianatan pernah berlaku,” katanya lagi.

Beliau memberi ingatan, perhatian politik tidak lagi hanya tertumpu kepada Johor dan Melaka, sebaliknya Negeri Sembilan juga berpotensi menjadi medan persaingan utama dalam pilihan raya akan datang, susulan perubahan landskap politik dan peningkatan ketegangan di peringkat akar umbi.

Jelasnya, konvensyen tersebut membuktikan PH kini sedang memperkukuh persiapan di seluruh negara bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri serta Pilihan Raya Umum ke-16, tanpa mengira bila ia akan diadakan.

“Hari ini membuktikan apa yang telah kita lalui. Perpaduan tidak boleh dibina dalam sekelip mata. Sebelum pemilihan parti di Negeri Sembilan, keadaan amat huru-hara, tetapi hari ini kita kembali bersatu dan kuat.

"Kita tidak peduli siapa mereka, asalkan berada dalam PH. Jangan khianati perjuangan ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menggesa PH memberi keutamaan kepada representasi wanita dalam perancangan pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, sebagai tunjang Kerajaan MADANI, PH perlu memimpin usaha meningkatkan penyertaan wanita dalam politik, terutama di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Katanya, kadar penyertaan wanita dalam Dewan Rakyat ketika ini masih rendah, iaitu hanya 13.5 peratus atau bersamaan 30 Ahli Parlimen wanita, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai negara kedua tercorot di ASEAN selepas Brunei.

“Negara jiran seperti Singapura, Vietnam, Laos, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja mempunyai kadar representasi wanita yang lebih tinggi berbanding Malaysia,” katanya.

Beliau turut menggesa semua parti komponen PH supaya mencalonkan lebih ramai wanita dalam pilihan raya umum dan pilihan raya negeri akan datang.

“Wanita bukan sekadar memenuhi kuota, tetapi pemimpin yang mampu membawa perspektif baharu serta memperjuangkan keadilan sosial dan politik di negara ini,” katanya. - Getaran, 17 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

2

Politik 3 tahun yang lalu

LANGSUNG: Hari Pengundian PRU-15

3

Politik 3 tahun yang lalu

Jamal Nafi Dikenakan Perintah Kebankrapan, Masih Layak Jadi Calon PRU-15

4

Politik 4 tahun yang lalu

Isu Minum Minyak Sawit Kembali Hangat, Teresa Selar Isham

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad