Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


LANGSUNG: Hari Pengundian PRU-15

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 8:52AM

Orang ramai keluar masuk Sekolah Rendah Agama Jalan Raja Muda Musa, Kuala Lumpur untuk menunaikan tanggungjawab mengundi - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 20,853,681 rakyat Malaysia mula menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih 221 Ahli Parlimen dan 117 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang serta Bugaya di Sabah hari ini.

Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 6 petang manakala di Sabah dan Sarawak, pusat mengundi dibuka 30 minit lebih awal dan akan berakhir pada jam 5.30 petang nanti.

Sebanyak 8,958 Pusat Mengundi dan 38,348 Tempat Mengundi (Saluran) dibuka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti perkembangan perjalanan hari pengundian bagi PRU-15 yang berlangsung di seluruh negara.

6.26 petang - PRU-15: Proses pengundian di seluruh negara tamat pada 5.30 petang di Sabah dan Sarawak, 6 petang di Semenanjung. 

6.05 petang – SPR memaklumkan jumlah keluar mengundi setakat jam 4 petang ialah sebanyak 70 peratus atau 13.7 juta pengundi.

5.32 petang – Setakat jam 3 petang, 65 peratus atau 13.7 juta pengundi sudah keluar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat masing-masing di seluruh negara.
Angka tersebut sudah melebihi jumlah keseluruhan pengundi yang menjalankan tanggungjawab itu pada PRU-14.

Seorang warga emas dibantu untuk menunaikan tanggungjawab pada PRU-15. - Gambar oleh Syeda Imran
Seorang warga emas dibantu untuk menunaikan tanggungjawab pada PRU-15. - Gambar oleh Syeda Imran

5 petang - 69.21 peratus telah keluar mengundi di Negeri Perak pada jam 5 petang - SPR Perak

4.18 petang - Di KENINGAU, pengundi di Sook, Sabah menuju ke pusat mengundi menaiki trak Jabatan Bomba dan Penyelamat, selepas jalan menuju ke SK Rancangan Belia dinaiki air sehingga paras pinggang pada jam 2 petang. 
Anggota Bomba masih mengangkut penduduk kampung ke pusat mengundi di Parlimen Pensiangan.

PRU-15: SPR berkata 65 peratus telah keluar mengundi setakat 3 petang, ia telah melebihi jumlah keluar mengundi pada 2018 - yang mempunyai peratusan keluar mengundi akhir sebanyak 82.3% atau 12.99 juta pengundi.

4.08 petang - Penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, seorang pengundi berdaftar untuk kerusi Parlimen Pulai, baru sahaja membuang undi di SK Taman Sutera Perling. 

Presiden MUDA itu mempertahankan kerusi Muar di bawah tiket Pakatan Harapan, tiba di pekarangan sekolah sekitar 3.30 petang

“Proses mengundi berjalan lancar dan saya mengambil masa cuma lima minit,” kata Syed Saddiq ketika ditemui The Vibes.

Dia juga mengingatkan orang ramai, terutama pengundi muda untuk memainkan peranan membentuk masa depan negara. 

“Cuma lima minit, kita boleh membantu memilih kerajaan yang bakal memimpin kita lima tahun akan datang.”

Syed Saddiq bersama keluarganya selepas membuang undi di SK Taman Sutera Perling - Gambar Twitter Syed Saddiq
Syed Saddiq bersama keluarganya selepas membuang undi di SK Taman Sutera Perling - Gambar Twitter Syed Saddiq

3.38 petang - Dua pengundi warga emas, masing-masing di Parlimen Sembrong dan Pulai meninggal dunia di pusat mengundi - SPR Johor

3.35 petang – Kemarahan meningkat dalam kalangan pengundi di Pulau Pinang yang tiba di pusat mengundi tengah hari tadi, kerana terpaksa menunggu dalam barisan yang panjang. 

Malah Video yang dilaporkan dirakamkan di sekolah Phor Tay, menunjukkan pengundi menunggu untuk membuang undi bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera.

3.30 petang – Laporan SPR menunjukkan jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab adalah 58% setakat 2 petang tadi. 

2.55 petang – Calon Pakatan Harapan Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan meluahkan kekecewaan kerana terpaksa menungggu lebih 3 hinggga 4 jam di pusat mengundi di  SMK Seksyen 8, Kota Damansara.

2.30 petang - Calon PH bagi Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan hadir meninjau keadaan pengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Batang Kali kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Pengundi yang beratur kebanyakannya dilihat memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga menghindari jangkitan COVID-19.

Dr. Sathia Prakash Nadarajan - Gambar Facebook Dr. Sathia Prakash Nadarajan
Dr. Sathia Prakash Nadarajan - Gambar Facebook Dr. Sathia Prakash Nadarajan

2.12 petang – Kira-kira 40 pengundi terpaksa diangkut menggunakan bot, lori dan pacuan empat roda oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengundi ke pusat undi di SK Rancangan Belia di Sook yang terletak dalam kawasan Parlimen PENSIANGAN akibat banjir paras pinggang.

Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Pengundi meredah banjir di pusat mengundi SK Long Bemang di kerusi Parlimen Baram, Sarawak - Gambar media sosial
Pengundi meredah banjir di pusat mengundi SK Long Bemang di kerusi Parlimen Baram, Sarawak - Gambar media sosial
Foto menunjukkan sebuah pusat mengundi di Baram dinaiki banjir - Gambar media sosial
Foto menunjukkan sebuah pusat mengundi di Baram dinaiki banjir - Gambar media sosial
Pusat mengundi di beberapa kawasan di Baram dinaiki banjir sehingga pengundi terpaksa menggunakan bot untuk membuang undi - Gambar sosial media
Pusat mengundi di beberapa kawasan di Baram dinaiki banjir sehingga pengundi terpaksa menggunakan bot untuk membuang undi - Gambar sosial media
Pengundi di pusat mengundi Baram, Sarawak beratur dalam banjir paras lutut ketika menunggu giliran membuang undi bagi kerusi Parlimen - Gambar media sosial
Pengundi di pusat mengundi Baram, Sarawak beratur dalam banjir paras lutut ketika menunggu giliran membuang undi bagi kerusi Parlimen - Gambar media sosial

1.32 petang - Presiden PAS, Tan Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan kerusi MARANG di bawah Perikatan Nasional (PN) membuang undi di SK Rusila. Beliau datang ke pusat itu memakai jaket berwarna hijau yang tertera logo parti, bertentangan dengan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya.
 

12.53 tengah hari – Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen JOHOR BARU, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengundi di SJKC Foon Yew 3 di Larkin. Dia beratur dalam hujan bersama pengundi lain.
 

12.49 tengah hari – SPR mengumumkan pengundian bagi DUN TIOMAN di Johor tidak diadakan hari ini.
Ia susulan kematian calon PN untuk kerusi itu, Md Yunus Ramli, 61, yang dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira jam 3.30 pagi tadi.
 

12.12 tengah hari – Calon PH ISKANDAR PUTERI, Liew Chin Tong tiba di SMK Mutiara Rini 2 untuk melawat pusat mengundi.
“Peratusan keluar mengundi agak tinggi. Kita lihat orang ramai beratur di merata tempat dan saya harap peratusan keluar mengundi akan melebihi 80 peratus,” katanya

Fahmi Fadzil tersenyum sebaik selesai membuang undi di Parlimen Lembah Pantai. - Gambar Syeda Imran
Fahmi Fadzil tersenyum sebaik selesai membuang undi di Parlimen Lembah Pantai. - Gambar Syeda Imran

11.49 pagi – Tenaga Nasional Bhd (TNB) memaklumkan gangguan bekalan elektrik di pusat mengundi SJK(T) Saraswathy adalah disebabkan sistem dalaman di premis tersebut. 
“Bekalan elektrik dari TNB adalah baik. TNB akan terus memantau bagi memastikan bekalan elektrik kekal stabil sepanjang proses pengundian ini  selesai,” katanya menjawab aduan mengenai gangguan bekalan elektrik oleh Fahmi Fadzil, yang mempertahankan kerusi Parlimen LEMBAH PANTAI di Twitternya.

11.00 pagi - Di BANGI, Nurshafiqah Mohd Azmi, 18, berkata, dia berasa gementar untuk mengundi buat kali pertama.
"Saya berasa gementar kerana saya tidak pernah berada dalam situasi ini, tetapi saya menantikan apa yang akan berlaku seterusnya,” katanya.

10.20 pagi - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Maluri pada jam 9.05 pagi tadi.
Terdahulu, Johari yang memakai baju kelabu tiba di pusat mengundi itu kira-kira jam 8.50 pagi bersama isteri, Datin Seri Zurwati Haslinda Zainal Bahry.

10.16 pagi - Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat membaca doa bersama penyokong dan pembantunya sebelum melawat pusat mengundi di LANGKAWI pada jam 9 pagi tadi.

10.14 pagi - Khairy Jamaluddin dari BN membuang undi di REMBAU, kerusi disandangnya selama tiga penggal. 
Katanya, beliau mengundi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertanding di kerusi itu.

Amiruddin Shari - Gambar ihsan Jay Jay Denis
Amiruddin Shari - Gambar ihsan Jay Jay Denis

10.13 pagi – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang bertanding kerusi Parlimen GOMBAK, membuang undi di SJKC Selayang Baru.

Ismail Sabri Yaakob dan isteri Muhaini Zainal Abidin turut beratur sebelum membuang undi di SMK Bandar Kerayong, Bera. - Gambar oleh Azmi Tarmizi
Ismail Sabri Yaakob dan isteri Muhaini Zainal Abidin turut beratur sebelum membuang undi di SMK Bandar Kerayong, Bera. - Gambar oleh Azmi Tarmizi

10.12 pagi - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dilihat beratur pada jam 9.20 pagi untuk membuang undi di SMK Bandar Kerayong, BERA.

9.48 pagi – Di kawasan Parlimen JASIN di Melaka, ramai warga emas datang awal pagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. Kelihatan pegawai SPR membantu warga emas sambil menolak kerusi roda mereka.

Petugas PRU-15 membantu pengundi kurang upaya di sebuah pusat mengundi di Parlimen Jasin, Melaka. - Gambar oleh P Kirtigha
Petugas PRU-15 membantu pengundi kurang upaya di sebuah pusat mengundi di Parlimen Jasin, Melaka. - Gambar oleh P Kirtigha

9.33 pagi – Menurut beberapa pengundi di pusat mengundi SK Klang Gate di GOMBAK, pengundi tidak dipaksa untuk mematikan telefon atau menyerahkannya kepada pegawai bertugas.
Seorang pengundi, Feenaz, 26, berkata, dia membawa bersama telefon bimbitnya ke pusat mengundi kerana tidak diberitahu sebaliknya.
"Saya mendengar bahawa kami sepatutnya meninggalkan telefon bimbit kami di luar (tempat mengundi) tetapi mereka (pegawai) tidak kata apa-apa, jadi saya hanya menyimpannya di dalam beg saya.

"Saya boleh dengan mudah mengeluarkannya semasa saya mengisi kertas undi tetapi mungkin pegawai akan perasan dan mengambil tindakan ketika itu,” katanya kepada The Vibes.
Kakaknya, Neeya, 28, berkata semasa dia memilih untuk meninggalkan telefon bimbitnya di dalam kereta, tiada pegawai mempersoalkan sama ada peranti itu ada bersamanya.

9.30 pagi – Di Parlimen SUBANG, peraturan tiada telefon bimbit hanya dikuatkuasakan segelintir pegawai SPR di pusat mengundi SMK Bandar Kinrara 4.
Pengundi diberitahu bahawa mereka boleh memilih untuk menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai bertugas atau menyimpannya di dalam poket selagi ia tidak dikeluarkan semasa memangkah undi mereka.

9.26 pagi - Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengundang kritikan kerana didakwa mencetuskan ketegangan agama dan kaum, Azmin berkata, beliau yakin dengan keupayaan pengundi menilai sendiri keadaan.
“Rakyat hari ini sudah cukup matang untuk menyedari bahawa (tuduhan) itu hanyalah manipulasi pihak tertentu.

“Saya tidak percaya rakyat mudah terpengaruh dengan propaganda,” katanya kepada pemberita di Pusat Mengundi SK Klang Gate selepas membuang undi.
Tambahnya, beliau gembira dengan sambutan rakyat terhadap PN khususnya di GOMBAK.

9.10 pagi - Pakatan Harapan (PH) memaklumkan di media sosial bahawa surat yang didakwa ditandatangani Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keperluan gabungan itu bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak adalah palsu.

Pengundi sanggup berpayung untuk mengundi di SMK Taman Nusajaya pagi ini. - Gambar fail
Pengundi sanggup berpayung untuk mengundi di SMK Taman Nusajaya pagi ini. - Gambar fail

8.46 pagi - Di ISKANDAR PUTERI, barisan panjang mula terbentuk di SMK Taman Nusajaya, berikutan hujan di beberapa bahagian di selatan Johor.
Bagaimanapun, proses pengundian berjalan lancar kerana pengundi hanya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mereka melaksanakan tanggungjawab mereka.

Azmin Ali - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Azmin Ali - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Azmin Ali dan isteri Shamsida Taharin selesai membuang undi di SK Klang Gate pagi ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Azmin Ali dan isteri Shamsida Taharin selesai membuang undi di SK Klang Gate pagi ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

8.45 pagi - Azmin Ali, calon Perikatan Nasional Parlimen GOMBAK, tiba di pusat mengundi SK Klang Gate.
Diiringi isteri, Datin Seri Shamsida Taharin, Azmin meluangkan masa berbual dengan pengundi yang sedang beratur, termasuk seorang warga emas berkerusi roda yang disambutnya dengan ciuman di tangan sebagai tanda hormat.

8.21 pagi – Selepas mengingatkan pengundi mengenai prosedur pengundian yang perlu mereka patuhi di pusat mengundi, Diva AA menyampaikan pesanan ikhlas kepada abangnya Azmin, yang bersaing untuk mempertahankan kerusi Parlimen GOMBAK.


“Kepada Azmin Ali, semoga berjaya, tetapi saya dan seluruh dunia dapat membaca (bahawa) kamu akan kalah,” katanya.
Selebriti itu dipercayai merujuk kepada tinjauan yang dijalankan oleh badan pemikir berkaitan kerajaan Institut Darul Ehsan, yang meramalkan kekalahan teruk Azmin di Gombak.

8.20 pagi – Hujan renyai tidak menghalang orang ramai di pusat mengundi dekat SK Danau Kota, di WANGSA MAJU untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Bagaimanapun, tiada penjarakan sosial semasa dalam barisan sementara mereka menunggu giliran untuk membuang undi.

Penyandang kerusi Parlimen Seputeh, Teresa Kok dari Pakatan Harapan selesai mengundi di SMK Desa Perdana. - Gambar oleh Lancelot Theseira
Penyandang kerusi Parlimen Seputeh, Teresa Kok dari Pakatan Harapan selesai mengundi di SMK Desa Perdana. - Gambar oleh Lancelot Theseira

8.18 pagi - Awan tebal dan kemungkinan hujan tidak menjadi penghalang kepada pengundi di kawasan SEPUTEH.
Hampir 500 pengundi dari semua peringkat umur telah menunggu untuk membuang undi seawal jam 7 pagi.

8.15 pagi - Seorang pengundi warga emas tergelincir dan terjatuh ketika beratur di SK Wawasan Seremban 2 berikutan hujan turun sejak awal pagi, di SEREMBAN.

Pengundi lain yang sedang beratur segera membantu lelaki itu sebelum pegawai SPR membawanya masuk ke saluran undi pertama dan kedua untuk warga emas.

8.01 pagi - Awal pagi ini, laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mysprsemak.spr.gov.my, yang digunakan pengundi untuk menyemak butiran mereka tidak dapat diakses. Daripada butiran pemilih, ia membawa pengguna ke halaman 502 Bad Gateway.

Sesetengah pengundi terpaksa menyemak butiran dan saluran undi mereka secara manual dengan bantuan beberapa pegawai di sini.

Suasana sekitar SK Teluk Pulai Klang. - Gambar oleh Surach Gunasekaran
Suasana sekitar SK Teluk Pulai Klang. - Gambar oleh Surach Gunasekaran

Di KLANG, walaupun hujan turun sejak jam 2.30 pagi, pengundi mula beratur seawal jam 7.30 pagi di SK Teluk Pulai.

Warga emas, di bawah saluran pertama dan kedua disegerakan untuk membuang undi, manakala pengundi di saluran undi lain masih beratur panjang.

7.55 pagi - Di GOMBAK, abang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Azwan Ali, merupakan pengundi pertama yang hadir di pusat mengundi SK Klang Gate.

Selebriti yang dikenali sebagai Diva AA itu menggesa pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Azwan Ali, pengundi pertama yang tiba di SK Klang Gate untuk membuang undi. - Gambar tangkap layar
Azwan Ali, pengundi pertama yang tiba di SK Klang Gate untuk membuang undi. - Gambar tangkap layar

“Daripada berdengkur di atas katil seperti ba**, keluar dan buang undi anda. Tidak kira parti mana yang anda undi, undi sahaja menggunakan otak,” katanya.

Dengan lima minit lagi pusat pengundian dibuka, sekurang-kurangnya 20 pengundi beratur di luar sekolah dalam keadaan hujan renyai.

Di SMK Gombak Setia, pengundi mula beratur seawal jam 7.30 pagi. Warga emas, di bawah saluran pertama dan kedua, disegerakan untuk membuang undi. – Getaran, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pecah Rumah Di Gombak Diburu

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Ahli Parlimen Dilarang Buat Penstriman Langsung Di Parlimen

3

Politik 10 bulan yang lalu

‘Sabar Sikit Min, Tak Lama Lagi Nak Masuk Skim Usia Emas’ - Amirudin

4

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 14 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran