web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Gombak Lumpuhkan 2 Sindiket Dadah, Rampasan Bernilai Lebih RM7 Juta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2025 4:58PM

ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir (tiga, kanan) bersama dadah yang dirampas - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis berjaya melumpuhkan dua sindiket dadah dalam dua serbuan berasingan di sekitar Gombak susulan penahanan seorang lelaki dan wanita warga tempatan serta seorang lelaki warga asing dengan rampasan dadah bernilai RM7,121,015.20 baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner (ACP) Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak merampas 212 bungkusan plastik dipercayai dadah jenis syabu seberat 222,331 gram (g) dalam sebuah kereta Toyota Vios yang ditinggalkan di sebuah gudang penyimpanan pada 14 Mei lepas sekitar 9.30 malam.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun yang bekerja sebagai penjual kereta terpakai dan direman selama 12 hari sehingga esok.

"Nilai rampasan dadah bagi kes pertama ini berjumlah RM7,114,592 dan dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang. Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita seutas rantai emas bernilai RM11,348.86," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media rampasan dadah jenis syabu dan ganja di IPD Gombak di sini hari ini.

Noor Ariffin berkata bagi kes kedua, pihaknya menahan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun dipercayai pelajar kolej swasta dan wanita tempatan berusia 47 tahun dipercayai bekerja sebagai eksekutif insurans syarikat swasta dalam sebuah kereta Honda City, sekitar 6 pagi pada Selasa lepas.

Beliau berkata kedua-dua suspek dipercayai pasangan kekasih direman selama tujuh hari sehingga 3 Jun ini.

"Pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit menemukan dua paket berisi daun kering mampat dipercayai dadah jenis ganja seberat 2,072 gram.

"Nilai rampasan dadah bagi kes ini berjumlah RM6,423.20 dipercayai untuk pasaran sekitar Gombak. Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita wang tunai RM500," katanya.

Beliau berkata semua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan keputusan saringan air kencing adalah negatif serta kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Suspek Kes Pecah Rumah Di Gombak Diburu

2

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Mengenali Keistimewaan Lemang Daun Lerek Greenwood

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Kesan Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Gangguan Bekalan Air Di Gombak, KL Pulih 61 Peratus

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar